Hepi birthday kepada encik Naufal yang genap 4 tahun hari ni. Semoga dapat kek otromen lagi tahun ni. (nak siket!!!!!)
Hari ni banyak hal yang masam dan manis terjadi. Baik aku citer part masam dulu. Hari ni mak buyung sentap dengan encik Frodo. Dah banyak hari pun sentap sebenarnya. Tiap-tiap hari sentap. Citernya kitorang dok train dia pakai seluar sendiri. Dah berbuih mulut ajar suruh masuk 1 kaki 1 lubang. Dia hentam dua-dua kaki jugak dalam satu lubang. Bila orang suruh tengok kat mana nak sorong kaki tuh, mata dia ke lain. Sudahnya seluar tu jadi cam mini skirt lah. Can't he take orders? Fras mak buyung tau! Dah la baju pun tak reti-reti lagi nak pakai sendiri. Kencing kareb pun orang nak kena basuh lagi. Kalu suruh dia, rela la air tu dia guna buat basuh jamban, dinding, lantai daripada guna untuk yang sepatutnya. Huk aloh...
Sentap tau. Memang aku takleh jadi cikgu la. Mudah benar tangan ni nak menyambar mana-mana bahagian tubuh mangsa. Tiap-tiap hari tiap kali lepas ke toilet aku cakap benda sama. Out of 10 trials tuh, ada la 2 kali je yang berjaya sekali sauk je. 8kali lagi tuh asyik jadi mini skirt aje. Geram weh! Dah nak dapat adik dah. Diri sendiri langsung takleh nak urus lagi. Harapkan reti pegi toilet aje lah yang tak perlu tanya-tanya dah skang ni. Apa la anak aku ni... Sampai bila mak bapak dia nak tolong pakaikan seluar baju kat dia. Esok-esok dah nak pegi school.
Tadi menyinga la aku. Tiap kali salah, kena bantai dengan aku. ( i know this method is wrong, but cannot help la, mcm addicted pulak) Membebel dekat setengah jam kat dia. Bebelan paling panjang dalam sejarah hidup dia. Tak pernah lagi aku membebel lama cam tadi. Geram sangat-sangat. Macam aku tak pernah ajar dia langsung. Kena pukul ngan aku, terus meraung-raung. Sampai satu tahap, kesian pulak kat dia. Sampai tertido teresak-esak. Tapi sebelum tido tuh aku sempat say sorry kat dia. Guilty pulak buat dia camtu. Tu lah. Bila naik antu tu memang syok la. Pukul-memukul dah macam addicted. Bila orang tu dah tertido teresak-esak, mula la rasa bersalah.
| Mangsa kekejaman Mommy. |
Part masam kedua adalah aku dah edit mindset aku (buleh pulak main edit-edit) yang aku kemungkinan besar takkan pindah masuk umah baru dalam tahun ni. Nak sedapkan hati, kira tahun depan teruslah! Abis, barang-barang dalam kotak ni cemano? -Entahlah labu! Kita tengoklah cemana takdir yang menentukan. Kalu ditakdirkan nak kena gali, bukak kotak balik pun, mak buyung pasrah ajo lah.. Kita hanya merancang, tapi yang menentukan lebih Maha Mengetahui. Percayakan sahaja apa saje ketentuan yang dah ditetapkan. Sebagai hamba yang serba kekurangan, bersedia sajelah untuk apa saje kemungkinan. At least we're well prepared. Kalu nak kena pindah ad hoc pun, barang dah ready packing dah lama. Kalu pindah lambat lagi pun, duduk aje la kat kondo ni. Apa nak buat ye dak? Frust? -Ada la sikit-sikit. Ok tipu. Aku dah takde perasaan.
Disebabkan aku rasa macam dah takde harapan aku nak pindah dalam tahun ni jugak, (kira versi merajuk la ni) aku pun susun balik la lokasi kotak-kotak ni agar menjadi lebih strategik bagi memudahkan laluan semua warganegara kat rumah ni nak bergerak. Takde la mengangkat. Berat seyy.. Aku tolak-tolak pakai kaki je. Yang mana berkesan dengan tolakan hujung jari tu aku susun la. Kotak pinggan mangkuk ofkos aku tunggu encik Jack balik nak mintak tolong alihkan (skang ni dok tengah-tengah hall apa kejadah nak berjalan-jalan dalam umah pun terhalang je). Lepas tolak menolak ni aku raba-raba jugak perut kot-kot ada effect negatif hasil kedegilan aku ni kan. So far alhamdulillah baby tak menunjukkan protes melampau. Mild contraction tu biasa la kan...
| Hins-hins jugak nak mengalih semua kotak ke sini. Nampak le kemas sket. |
| Depan tv dah takde halangan nak jalan-jalan. Tak payah jalan bengkang bengkok nak elak kotak. |
Part manis tak disangka-sangka adalah encik Jack berjaya menjadi tetamu Allah tahun ni. Ingatkan dah tak dapat sebab buat rayuan pun last minute untuk bawak MIL sebagai mahram since my late FIL meninggal tahun lepas tuh. InsyaAllah kalu tiada aral melintang, tahun ni jadi pak aji la encik Jack. Walaupun kitorang tengah chaos skang ni, tapi encik Jack sangat hepi sebab dia cakap ini jemputan dari Tuhan. Satu petanda baik tuh. Pasti ada 1001 hikmah di sebaliknya yang kita tak tahu. Kalu dah Tuhan sendiri yang jemput tuh, pasti urusan-urusan lain pun dipermudahkanNya. Harapannya camtu lah. Amin. Time tu aku dah lepas pantang kot. KOT. Sesungguhnya Tuhan memang Maha Bijaksana mengatur segala ketentuan hidup kita manusia ni. Untuk itu, syukur tidak terhingga la. Dah ada rezeki pergi ni, pergi aje la. Nak tunggu 30 tahun lagi punya turn tuh entahkan sempat, entahkan tidak. Aku dan anak-anak insyaAllah baik-baik aje kat KB nanti.
Ini pun salah satu faktor aku edit mindset aku kasi postpon perpindahan ke rumah baru ke tahun depan. Ada la tu hikmah yang aku masih belum discover. Saje sedapkan hati. Ada la tu kan. Takkan Tuhan jemput kita pergi rumah Dia tapi Dia tak bagi apa-apa in return... Allah kan Maha Pemurah ;p Setakat kasi kita segunung emas pun Dia masih tak rugi apa-apa. Kan.
Another sweet thing is kitorang dah dapat tarikh perbicaraan 11 Ogos nanti. Is it sweet? Bittersweet kot. Sesak napas aku dengar 11 Ogos. Entahkan sempat masuk court ataupun sempat masuk labour room aku time tu. Tapi takde masalah, kalu aku dah beranak sebelum 11 Ogos tuh buleh je wakilkan kat Bos IBM atau Mak Tiri. The sweetest thing- Puan Golddigger takleh masuk court sekali! Yay!!!! Anak dia pun sorang je yang dah cukup umur buleh masuk. Yay! Ngehngehngeh.... Amin!
Part manis masam pulak, tadi ada orang pergi tengok umah arwah ayah aku yang nak jual tuh. Memang berkenan abis la. Kira nak deal la kalu semua setuju. Masalahnya, dia bukan warganegara Kelantan. Nak kena apply melalui EXCO which will take longer time than the normal deal la. Paling awal pun 4 bulan. Hoho. Pulak dah. Di mana ada jalan, di situ ada halangan. Kan? *sigh...
Dan banyak lagi la masam dan manis yang berlaku. Aku citer part besar-besar aje. Yang picisan, korang pun malas nak layan kan.
Esok Penang cuti. Encik Jack nak ajak aku pegi Kulim untuk transfer duit dalam ASB aku ke bank dia. Kedah kan keje esok. Need to transfer the money before we all balik kampung Sabtu ni. Dan terberanak payah pulak nak buat payment ke kontraktor kc aku tuh. Chenta hati, duit tu nanti jangan salah guna yea.. Jangan pulak buat bukak cawangan sempenan cawangan sedia ada dah nak meletop ni. Haha...
Dengan ucapan, "Pak Aji takleh gelenya-gelenya tawwwww~~~~~!!!" ;p
15 comments:
Puan Golddigger takleh masuk court ??? is it trueeeeee? walaweh the best thg to hear today! Bukan wakil anak dia ke? apa pun suka gila la kalu dia tak leh masuk..cepat la habis! tp kesian cacing kepanasan kat luar muahhahahahah
insyaAllah la.
mek, mu nk balik kampung sabtu ni, aku pun...hahaha...aku balik 3 minggu nih, cik abg ke london utk graduasi, then insyaAllah nak melalak ke langkawi pulak...
mek...ada hikmah tu tak jadi pindah lagi..Allah knows best
mek... seronoknya jack nak ke mekkah, baru cerita2 dgn darl..aku suh dia pergi dulu, aku pergi lain..dia tak nak..dia nak aku ikut..jawbnya tua sok le, kalau sempat :)
mek...may Allah make it easy on u, in everything...just remember, Allah's plan is always the best...:)
huhu bestnyooo nk g mekoh..alhamdulillah...
hehe dimana ada jln, di situ ade halangan...agree!
*sori mek, aku a bit bz smenjak dua menjak tuka kerjaya nih, komited okeh..sapa aku x ingat komen kt blog tu keno approve :P hahaa aku x bkk dashboard gara2 x leh publish dr blogspot, tah paper tah! neway, thx for reminding
btw hepi besday teh! ;)
heppi besday teh..
biasala semua halangan itu ujian dari Allah.. kita redha saje.
Tahniah buat en jack sbb dpt naik haji thn ni. mu tak yah bimbe la teh, takkan la pak aji nak gelenya wess ;p
ct:wah lamanya pegi UK!!!best la ko dpt blk kg dgn anak2 ye.dpt sembang ngan mak ko..siap nak g langkawi tuh...faris kocik2 lagi dah keliling mesia ye darling?! ;p
senor:mu bekerjaya SAHM lagi ko kijo doh lonih? kemain komited gitu. tabik spring la aku! update byk2..aku soka tengok gmbr2 yg cantik itewww...
idayu:tengkiu mek! tok balik kb ko???
jie:pok aji gelenya ramai weh lonih. namo jah aji.hahaha...mitok jauh la pado en jack ku sayang nih...
kdg2 kecundang jgk bila diuji mcm2 ni jie..
Teh, sy balik rayo ni klu dey sy g jengok baby baru awak, baby mah pown dop dey tgk lg huhu :)
-IA
idayu:haha...mari jgn tak mari ;p
aku ado baco somewhere..kite start pukul anok kalu dio toksey dgr after 200 kali kito oyak bendo yg samo..nok pok pong kat area kaki sbb katanya; bagus utk peredaran darah....ada true nya...:D...bersabar ok..tp aku bajet la adam esok2 akan buleh byk2 skali gussss....tok cayo, tgk la nnt;)..insyaAllah..
tuan haji jack doh la pahni...cayalah...pahni keno paka piyoh doh la.hihi...
tq aunty teh 4 da wish...thn ni kek ben10...mini celeb di jaley bayey jah.nti mama aplod gamba.loni limited internet xs.
apa yg berlaku ada hikmahnya...cheers!
mah:mulo2 kelik mekoh tu nyo paka la pioh kot.sebab nok tudung palo botok tu kei... ngggeeee~~~~~
mari la jalei umoh aku. Puan Menteri xleh drive lonih nok ajok gi umoh mu xleh doh la.keto pun xdok encik Jack wak lari.haha.
Post a Comment