Pagi ni Orang Kaya Kelana Jaya (pemilik rumah agam kat SS3 tuh) datang melawat Puan Menteri. Rohok weh orang kaya tahap melampau nak datang umah kitorang yang serba kurang ni. Tiap kali bila dia cakap nak datang, memang kucar kacir la semua orang kemas umah secantik mungkin (nak lawan umah dia mano la mampu), dan prepare food sesedap mungkin. Tapi this time siapkan umah aje. Food takde sebab tuan umah kan patah kaki takleh gi memana. Masa dia datang, hidang air dengan biskut dalam peket aje. Nak buat cemana kan.. Memang takde maveles food to offer. Ishk... Memang segan la kali ni. Tapi dia pun faham situasi kitorang skang ni. What to do meh...
Lepas diorang balik baru encik Jack sampai dari serata tempat. Urus hal haji kat Jerteh, hal pusaka kat KB. Siap-siap, terus hala ke rumah agam Ahli Parlimen Melor pulak. Sebab lepas Zohor ni nak buat majlis solat hajat & doa selamat sempena mak buyung 2 ekor ni nak beranak. Takde kaitan pun dengan hasil epoimen aku kat HUSM kelmarin. Sebelum tahu problem kandungan aku lagi kitorang dah plan nak buat majlis ni. Kebetulan pulak doktor cakap macam tu, elok sangat la buat kan.
| Kasi bantal terus lentok. |
Kitorang tumpang majlis Iron Chef sebenarnya. Ye lah, kat umah Puan Menteri sape nak handle. Kelengkapan nak masak jamu orang pun tak cukup. Kalu kat rumah agam Ahli Parlimen Melor ni, serba serbi serba lengkap. Sebab dah biasa buat majlis makan-makan kan. Puan Menteri kasi duit sumbangan aje. Selebihnya diorang yang uruskan. Kitorang sampai dekat Zohor tuh most of the food dah siap masak. Hari ni jamu nasik bukhari. Saje, mak buyung kecik teringin nak makan nasik bukhari dah lama kan. So, suruh la mak buyung besar masakkan. Lauk memang mewah as usual. Kurma kambing, ayam masak merah, gulai kawah, acar timun, ikan kering, sambal belacan, tembikai dengan sirap hijau cap Tamin.
Asalnya dok risau sebab Ahli Parlimen Melor cakap hari keje takde orang buleh datang. Sebab memasing keje and busy ambik anak sekolah. Iron Chef cakap kalu dapat buat 2 hidang pun jadilah. Hoh, hambik... Yang datang dekat 30 orang! Jamu sampai ke tangga! Umah ni kalu buat makan memang akan selalu terlebih datang. Yang tak jemput pun kalu tahu mesti nak datang jugak. Sebab food here tak pernah mengecewakan.
Disebabkan kitorang sampai tadi diorang dah almost siap masak, atas dasar bertimbang rasa dan bertolak ansur, aku ambik je la tender basuh pinggan kat umah ni. Haha. Orang dah tolong uruskan majlis untuk kita, takkan tak reti-reti nak terima kasih ye dak? Apa sangat la setakat offer diri tolong basuh pinggan. Mana yang larat aku tolong aje. Sebagai tanda penghargaan la diorang sudi bersusah payah tumpangkan aku sekali dalam majlis ni. Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ni, I highly thank you all. Especially Iron Chef yang membuyung-buyung pun dari pagi bersusah payah memasak. Terima kasih. Semoga Allah sahaja yang membalas segala kebaikan yang dilakukan.
Wuuuuuuuuuu...~~~~~ Peknen kat encik Frodo dulu MIL yang buat majlis doa selamat kat aku. But this time dia sangat busy dengan persiapan haji sama dengan encik Jack. Rasa macam MIL dah tak sayang aku je. *kahkahkah...sempat lagi nak menagih kasih sayang dari MIL yang tengah busy tuh. Mana la dia ada masa nak layan-layan aku.. Wuuuuu.... *Hilang kasih sayang dua insan yang selalu sayang kat aku.
Cuaca sangat panas hari ni. Lepas semua jemputan makan balik, kitorang zaaaass ke Jeram Pasu. Saje bawak encik Frodo mandi manda kat sana. Dia ngan encik Labu Labi aje yang main air. Orang lain tukang tengok aje. Gambar kat sana I'll upload later sebab guna DSLR diorang. Hp aku takde bateri.
2 comments:
wah buat makan2 yer..hehehe
ayeen:tulah...you tak balik...
Post a Comment