Dark Fellows

Friday, October 21, 2011

#808 Me Vs My Two Loved Ones

Gambar cilok dari blog kakak ipar. Saya ambik ye kakak ipar! Mekaseh!! 

Encik Jack dengan MIL dah selamat berangkat dan tiba di tanah suci sejak Ahad (16 Oktober) lagi. Diorang berlepas dari epot KT. Aku babai takat  pintu pagar umah Puan Menteri aje. Sobs... Kalu dapat join pegi hantar sama kan best. Sobs... Banyak perkara komplikated yang menyebabkan aku tak mampu nak hantar dia ke KT.

Sebelum dia tinggalkan aku, macam biasalah kena la bermaaf-maafan... Dia cakap dia takde benda nak maafkan aku sebab dia dah maafkan salah silap aku tiap hari... Sobs... Tapi sweet kan?! *gedik

Sejak encik jack takde di tanah air ni, aku asyik terkenangkan dirinya. Ececeh. True what. Tiap masa dok terfikir, apa dia buat kat sana. Selalunya Puan Menteri la jurucakapnya. Contoh: Oh hari ni encik jack akan pegi buat umrah, blablabla. Dah banyak malam dah tido aku bermimpikan encik Jack. Ewah. Time dia ada kat tanah air takde pulak aku mimpi camni skali... Harapnya semua itu mainan tidur aje, bukannya petanda apa-apa.

Baru-baru ni masa mula-mula sampai, diorang smayang Isyak kat Masjidil Haram tu la. Dia dapat smayang beberapa meter aje dari hajarul aswad. Lepas smayang tu kena asak dek orang, last-last dapat cium hajarul aswad. Rezeki la tu. Sebelum pergi aritu Puan Menteri dah pesan jangan sengaja-sengaja nak cium benda tu. Bahaya sebab orang-orang hitam yang saiznya besar-besar tu suka berkasar. Takut la tertindih ke, terpijak ke apa. Tapi secara tak sengaja dah Tuhan kasi chan dia cium tu, apa lagi kan. I'm glad that he's okay and nothing bad had happen due to that.

Semalam dapat cakap dengan MIL sekali. Hepi je suaranya. Jauh-jauh pun sempat bercerita jugak derr! Hahaha... Macam kat sebelah-sebelah aje gayanya. Encik Jack cakap MIL gagah perkasa kat sana. Boleh buat semua yang rukun haji tanpa masalah. Alhamdulillah. Setakat ni pegi balik maktab-masjid masih berteman. Encik Jack tak harap MIL pergi sendiri sebab tak cam jalan lagi. Oh macam tak percaya aje diorang tengah buat haji. Macam, haji tu benda dalam tv aje. ;p

Oh hey, masa balik Apal buat gathering sebelum diorang berlepas ke tanah suci tuh, kakak ipar sorang lagi kasi satu beg baju-baju gegirl. Hehe. Yey!!! Pasni puas hati la Puan Kaunselor dapat tengok Zaraa pakai gaun tiap hari. Tanya sangat kan nape tak pakaikan baju gaun kat baby girl ni. Jawapan sebenar-mommy takde masa nak beli belah. Takde duit jugak lagi. Dan jugak takde driver. Hahahaha.
See? When I said satu beg, I really mean it. Hehe.. Tengkiu kakak ipar. (ingatkan tak jadi bagi dah *wakakakakakaka) I like, I like. Jangan tak tau, sedara aku yang kaya raya tu pun bab kain baju main passing-passing jugaknya. 

Pasni buleh la tengok Zaraa melaram pakai gaun.


3 comments:

Anonymous said...

bestnye Zaraa dpt byk baju! nanti leh posing ;-)
-Cik Long-

Cikgi Diva :-) said...

cepat tunjuk sket paka baju gaun tuhhhh..x sbr aunty nok kelih.

Blog Diva said...

mah:ado doh aku tepek kat fb. xbyk hok blh paka loni.mugo mostly size setahun++ & above. Kelih je la dulu.. huhu...seriously, memei tempting la aku pun nok tgk dio pakai.gaun kiut2 getek buleh tuh. ;p