Dark Fellows

Tuesday, October 25, 2011

#812 Me Vs Never Too Late For Digging Knowledge

Tergamak curi dari fb sedara aku tanpa izin dia. *Bahahaha!
Sehari dua ni gigih dok godek youtube cari make up tutorials. Kahkahkah. Dah kertu ni baru nak belajar mekap ke Blog Diva? Ikutlah kalu orang nak gelak pun. Realiti. Memang aku tak reti mekap hatta menghias diri pun. Gila kentang Blog Diva bikin entry bukak pekung di dada. Kita layaaaannn~~~

Sebenarnya bukan mekap tutorials aje yang aku dok gigih godek skang ni. Blog-blog jual henbeg pun aku terjah. Menambah ilmu koya-koya aku dan jugak misi major make over yang aku tengah kira-kira nak launch ni. *Cakap tu macam la encik Jack dah approve budget!

Sejak aku bersalinkan Zaraa ni, ramai la jugak member-member datang visit. Datang sorang, dengan tudung dan mekap yang meletops. Datang dua orang, dengan henbeg dan baju yang bling-bling. Datang tiga orang, dengan kasut wedges dan henpon terkini. Termalu pulak aku. Dalam hati mula tertanya sendiri. Sampai bila aku nak macam ni. Orang lain dah lama berubah from one stage to another. Aku je yang tak berganjak-ganjak di takuk yang sama. Semua kawan-kawan yang datang tu berkarier la ofkos. Sangat cemburu tengok perempuan yang pandai menghias diri. Yang ada duit sendiri lah.

Pada aku la kan, bab tubuh badan memang aku rasa rendah diri sesangat. Teramat sensitif bila orang memperkatakan tentang tubuh aku yang menawan ni. Muka tunjuk tak kisah, tapi hati sangat-sangat tak selesa bila sering diperkecilkan. Kurus kering. Senang terbang ditiup angin. Macam-macamlah kalu nak cerita. Disebabkan kecacatan tubuh badan aku la, aku rasa macam tak worth nak mencantikkan diri. Because I always know that I'm always gonna be si buruk rupa. Muka cekung, body kurus. Pakai apa pun tetap nampak tak cantik. Di mata aku lah. Di mata orang, mengerikan! Wakakakaka...

Encik Jack pun tak pernah komplen atau mempersoalkan tentang cantik atau tak cantiknya aku. Tak pernah bising-bising suruh aku berdandan ke apa. Tapi sendiri mau ingat la kan, lelaki mana yang tak nak tengok bini dia cantik. Oleh itu, (ececeh tetiba naik syeh) aku berjanji dengan diri sendiri InsyaAllah aku akan upgradekan diri sendiri untuk encik Jack. Kebetulan pulak makcik aku kasi ayat pengasih kelmarin. Wakakakaka..... Pecah lobang. Ish... Takde la. Ni petua dalam Semanis Kurma. Sila amalkan ye Puan-Puan. Nak kasi suami sayang kat kita, rumahtangga kekal bahagia dunia akhirat, suami lembut hati etc. Surah Al-Imran ayat 31. Satu ayat je. Baca je bila-bila masa sekalipun, berapa byk kali sekalipun. Jangan malas-malas. Makcik aku dah try kat suami dia yang garang. Menjadik!!! Takde la selalu hot tebabo je skang ni. Meh kita pakat amal ye Puan-Puan. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina aman damai dan berkekalan. Skang ni kan statistik menunjukkan ramai pasangan bercerai dalam sehari. Nauzubillah. Semoga kita tak tergolong dalam kumpulan yang tak bernasib baik tu.

Nak start from scratch ni memang ambik masa. Nak kumpul ilmu. Nak gain self-confidence. Nak kena ada duit. Time-time nak naik umah baru ni ada hati nak make over diri la pulak. Nak kena tanya pandangan encik Jack dulu pasal ni. Kot-kot la kan pak aji lepas balik haji ni nak berubah ke arah zuhud, tak kasi membazir beli barang mekap yang tak berpaedah bagi dia. Kalu macam tu aku kena akur! Hahahaha.. Ikutkan aku sendiri kan, kalu tak jumpa orang takpe. Selekeh cemana pun rasa macam tak kisah. Tapi bila terjumpa member yang meletops dia punya appearance ni, aku pun tak nak kalah jugak rasa. Tapi kalu bukak almari semua T-shirt, jeans je apa cerrr? Adoyai konflik diri.

Cuba lihat gambar awek lawa kat atas sana. Aku suka cara beliau menghias diri. *Dah muka semulajadi lawa apa nak kecoh kan. Body pun model cut. Kukukukuuuu~~~ Oklah. Tak aci nak samakan diri dengan beliau. Contoh lain: Hillary Duff dengan Angelina Jolie. Pulak! (makin jauh panggang dari api aku kasi perumpamaan) Hahahah... Tapi serius weh, aku suka mekap Duff and Jolie. Nampak natural gitu. Sangat nak belajar cara mekap yang buleh menghasilkan result seperti itu. Akan ku usahakan sampai berjaya!

Dalam hal ni aku rasa sangat bertuah sebab kakak-kakak ipar sangat sporting. Laju je menjawab status post aku kat fb yang terkini. Hahahaha. Tima kasih ye kakak-kakak ipar. Saya tahu saya memang boleh mengharapkan kamu-kamu semua ;p *wink. Teringat kisah percintaan aku satu ketika dulu sama encik Jack. Masa tu lepas SPM atau masa matrikulasi aku pun lupa. Encik Jack dok bidas student pompuan ni la. Katanya dapat duit loan asyik beli barang mekap je. Aku tanya dia mana dia tahu. Dia jawab, tengok kakak-kakak dia la melaram tak hengat kat U. Hahahahahaha.... Ops terpecah lobang lagi. Ampun kakak-kakak ipar. Memang you all jangoks aper. Kihkihkih.

Henbeg Ferragamo merah aku dah lunyai dan lusuh. Luaran dah cacat. Dalam intact lagi. Nak cari beg yang saiz medium. Senang nak isi diaper, wipes, susu, kain lampin etc. Maklum la jadi ibu beranak kecik sekali lagi ni kan. Berkenan jugak beg besar-besar. Tapi dengan size tubuh aku yang unik ni, nanti nampak macam beg pulak bawak aku. Kuikui. Oh banyaknya to do list aku. Duit aje tak kencang. Pening kepala encik Jack nanti. Nak beli barang naik umah lagi, bini meroyan nak make over diri lagi, nak beli susu, diaper anak lagi yang semua bakalan naik harga. Ya ampun! *tangan di dahi.

Terima kasih pada semua kawan-kawan yang datang dengan jangok sekali sampai saya naik cemburu. Kecantikan korang telah menjadi titik tolak pada saya untuk mencabar diri sendiri supaya menjadi lebih baik. Sebenarnya dah lama saya givap. Tapi saya nak start balik. Bila tu tak kisah la. Yang penting saya nak berubah. Untuk suami, untuk diri sendiri. Sampai bila saya nak macam ni je kan. Yelah, yelah. Ada duit semua jadi.

Tolong calonkan saya dalam Tangkap Muat season 2 ye kalu ada. Eh tak nak!  
Bila aku tengok insan-insan yang dikenali yang pandai dress to kill ni, dalam hati rasa teringin nak pergi menyerah diri suruh dia ajar aku cane nak mekap/dress macam dia. Tapi sangat malu seyy.. Kekadang budak yang lagi muda dari aku pun lagi pandai dressing dari aku. Tu, tuan empunya diri kat atas sekali tuh, student lagi tuh. Tapi dia sangat stylo la. Suka tengok. Fesyen tudung pun macam-macam dia buat. Mostly style Yuna tu la. Muka hang besaq boley la nak lilit-lilit atas kepala.

Penah la nak belajar mekap dengan mak tiri. Tapi selalu tak sempat. Mak tiri selalu bebel suruh saya jadi more ladylike sket. Contoh: Keluar tu pakailah mekap, pakailah henbeg, pakailah heels. Hahaha. Aku ni kan main ikutdan je. Henbeg-henbeg ni leceh. Takut tertinggal pun ye. Tapi anak dah ramai ni memang perlu la henbeg. Laki aku pun suka tumpang-tumpang letak barang dia dalam beg aku. Mana nak muatnya kalu beg kecik-kecik. Belum campur ngan sampah sarap, ubat  kurap,dan lain lagi.

Woh lega buleh mencurah perasaan kat sini. Korang nak gelak pun gelak lah.

12 comments:

zahira said...

wakakaka...ntah bila la plak time U jangok? jangok biasa2 jer! Sekali sekala jangok apa salahnya...tak la org ingat dah ada anak 2! hehehe...

Cikgi Diva :-) said...

emmm aku pun x reti berjangok...pakai rasa mcm kemas n comey bagi diri sendiri ckup la...tapi budok2 skoloh sokmo oyt "cantik cikgu hari ni" & dgn yakin aku jwb "cikgu mmg cantik tiap2 hari"...hahahhaa.soriii i terover menaip spt dlm blog sendiri.

walaubagaimanapun,aku rs pemakaian mu sesuai doh dgn tempat.cekat la nok g spital nk mekap supo RCW.no no no!

Siti Aminah said...

Salam, saya tengah mencari kontraktor kitchen cabinet apabila saya terjumpa website cik.

Saya nak tumpang tanya contractor yang cik guna dari Bukit Minyak tu ok ke? Quality Dan harga tu ok ke?

Harap2 cik dapat balas message saya.

Wasalam.

Siti

Blog Diva said...

kaklong:memei udin sokmo perli student pompuan.prejudis giler la bagi dia pompuan ni takde keje lain.mekap, mekap, mekap je tahu.

Blog Diva said...

mah, mu tu tak payoh mekap pun cara mu dressing pun napok jangox doh. memei jangox jak bbudok lagih.

Blog Diva said...

cik siti aminah: terima kasih kerana bertanya. saya pun dpt kontek kontraktor ni melalui jiran saya.jiran saya yan rekemen kontraktor ni kat saya.katanya senang kautim, paling murah, paling puas hati. Kompeni Melayu.

Cuba la survey dan ambik quotations dulu. Tak jadi pun takpe. Bila dah dapat quotations tuh buleh la dibanding-bandingkan.

cik siti aminah berminat nak kontek kontraktor ni ke? kalu nak try call, saya buleh bagi nombornya.

jie @ azie said...

aku pun mcm mu jgk dulu teh..main sembat jah pakai baju gi keluar atau dtg ofis. pastu ado member baik aku kat ofis tegur aku bakpo aku selekeh.. terkezut makk..aku ni selekeh sgt ko.. terusss aku mitok tolong dio ajar aku caro2 nok make up & dressing. nok make up ni tak semestinya paka bare2 hok mahal. aku guna maybelline, avon jah. pahtu mu jange la beli sekali gus semo.. beli sikit2 hehehe

Blog Diva said...

jie:ahahaha...yo ko?at least ada org tegur mu buat make over sblm umur 30! aku ni umur 30 pun xreti2 lagi.adoyai.. tq for the tips.mu beli gapo dulu mulo2 skali?aku xdok idea ni.mugo ado lipstik skaro jah haha.

jie @ azie said...

aku dulu.. mulo2 beli blusher.. try guna blusher..main sapu jah asalkan nampok pipiku yg berseri. pastu advance skit aku beli eye shadow.. pahtu lo ni baru beli aye liner. mulo2 pakai eye liner habis bertompok2.. aku beli eye liner avon baru okey..hihihi
lo ni baru la muko aku ni ada warna skik kalu dulu paka bedok nga lipstik jah ;)

Blog Diva said...

jie:eh, malu ni nok tanyo tp gak nok tahu jgk... ehem. brand gapo muroh tp molek?hahahaha...aku tok mampu lagi nok beli hok mahal2 memandangkan aku newbie lagi kei bidang ni ;p

jie @ azie said...

nanti aku buat entry bare2 makeup murahan haku...hihihihi

Blog Diva said...

jie:yeye!suka!suka!suka!