Dark Fellows

Friday, February 17, 2012

#836 Me Vs Cerita Tentang Sofa

15 Januari aritu Encik Jack ajak aku pegi PISA. Saje nak tengok-tengok kat Fella Design tu. Usya dalam internet takde pulak sales kat branch sini. Yang ada cuma kat KL ngan Alor Setar aje. Frast la jugak jiwa lara ni. So, Encik Jack cakap meh la pegi tengok koya-koya dulu. Sambil-sambil nak tahu range harga dia. Lepas balik dari pasar, masak-masak, mandi, makan, semayang, kitorang pun terus ke PISA.

Time kitorang sampai tu memang takde customer lain pun selain kitorang. Dalam hati aku, oh ni mesti takde less ni sebab tu takde orang. Kitorang pun dengan hati yang tak berapa mengharap dapat beli, terus masuk bawah kanopi depan Fella tu tengok-tengok. Items bawah kanopi memang murah la. Mungkin sebab dah seasoned, berhabuk dan berpanas berhujan kat luar tu. Tapi not bad weh. Aku dah berjejesan dah air liur. Yang bawah kanopi pun dah tergoda. Belum masuk dalam Fella lagi.

Tak lama kitorang dok tengok-tengok kat luar tu, keluar la sales person tu greet kitorang. Kat dalam ada banyak lagi, masuk dulu tengok, kata beliau dengan senyuman penuh ramah. Dalam hati aku bajet nak masuk tengok-tengok je la. Kat dalam mesti mahal-mahal. So, kitorang pun mengikut je la... Tak rugi apa pun masuk setakat tengok-tengok.

Masuk je, pergh... Nak terjojol bijik mata aku tengok segenap showroom tu penuh dengan stiker kuning peratus harga potongan. Sales person tu cakap Mac ni Fella nak pindah kedai since MPSP nak ambik balik tapak diorang tu. So, diorang nak kosongkan kedai sebelum Mac ni. Diorang tak advertise pun sales tu. Patut la takde orang. Harga? Memang buat hati tak keruan la. Mostly more than 50% off. Haih, aku ngan encik Jack dah lap peluh-peluh jantan yang bertitik. Nak beli ke tak nak beli ni? Itu la soalan yang keep repeating selama dok dalam tu. Yang ni cantik. Yang ni pun cantik jugak. Yang tu pun. Hew hew hew... Berpeluh dahi nak semua. *Tamak. Kalu tak beli macam rugi pulak, bila lagi nak dapat harga camni. Skang ni diorang buat so called 'moving out sales'. Less memang banyak berbanding sales biasa. Ofkos la kan, diorang despret nak clearkan kedai.

Sales person tu suggest kitorang ambik kat dalam punya. Sebab yang kat dalam new arrival. Yang kat bawah kanopi ofkos lagi murah tapi dah lusuh dan berhabuk. (tapi kalu cuci still nampak baru lagi) Bincang punya bincang, last-last kitorang setuju beli satu set 2+3 seater. Sales person tu cakap set tu yang paling kecik size dia kat showroom tu. Dan yang paling murah ofkos ;p Aku dah risau dah, kot-kot 'kecik' yang dimaksudkan tu akan menampakkan 'cacat' kat umah aku nanti. Apa nak  buat, itu yang paling murah. Setuju je la. Huhu..

Kitorang angkut set 2+3 seater Cloverdale pastu encik Jack berkenan kat satu upholstered bench. Kaler lebih kurang. Haih, apasal semua kaler hijau ni? Dah la curtain pun kaler hijau jugak. Macam janji-janji je. Tak berniat pun nak pilih semua kaler sama.

Sofa aku ni dapat 57% less. After less, separuh harga pun tak sampai. Harus la jiwa kacau nakkan benda ni. I said to myself, this will go home with me. Period. Encik Jack pulak nak bench tu. Less 50%. Tambang lori RM89. Kitorang beli sofa aje, coffee table tak beli pun. Sebab coffee table Fella ni after less separuh harga dah RM800+. Kayu biasa je yang dilaminate. Cantik memang cantik. Tapi a bit pricey for us. So, tak beli la. Coffee table kitorang beli kat kedai kayu jati je. Baru berapa ratus. Kukuh pun kukuh. Beli belah bajet ketat camtu la. Berkira is a MUST.

Cukup la tu. Kalu ikutkan encik Jack, dia nak beli kerusi jati yang 1+1 pastu ada meja kat tengah tu. Macam kerusi tempat area menyambut tetamu tu la. Tapi tak masuk pulak dengan tema western ni.  Hoh, tak sangka encik Jack lebih surirumah dari aku punya taste. Aku nak wing chair ;p Next project la yea. Duit dah habis, sila dok diam-diam.

Kat showroom aritu nampak sofa ni KECIK je. Sebab satu kedai tu sofa semua yang lain bulky-bulky saiznya. Pasrah dah aku. Bila sampai kat umah, mak aih. Makan separuh hall aku. Nasib baik tak koya beli yang besar. Kalu tak, bukak pintu terus nampak sofa je. Nak jalan ke dapur pun mengiring agaknya.

So, itulah ceritanya. Dari tak plan nak beli terus dah selamat kat umah kitorang. Rezeki kitorang la. Alhamdulillah. Kalu tanya aku, memang aku tak pernah menyangka mampu memiliki set sofa idaman. Tengkiu ye encik Jack.... Aishiteru!!!
Drama nak pegi sekolah.
Panjangnya aku mengarang kali ni. Rasa tak biasa pulak. Dah lama kan tak mengarang. Ok lah. Mesin basuh dah berbunyi. Zaraa tak mandi lagi. Adam dah nak balik sekolah. Kena masak lagi. Dan macam-macam lagi keje nak kena buat.
Evening stroll with Puan Menteri.
Next entry: the white sliding door.

4 comments:

zahira said...

kalo fella design sini buat warehouse sale bukan takat brg fella jer sale...pinggan mangkuk pun ada! langsir & mcm2 lah!

agaknya if kitorang beli set sofa fella cam teh tu mau nak jln kena naik atas sofa! sempit... hahahaha...

Blog Diva said...

kaklong:hahaha...umah kitorang ni pun dah jadi sempit dah. kalu beli sofa badik pun sribu lebih jgk. baik beli fella terus. tahan pun tahan.

peh, fella HQ memang best ar.mcm2. sini kalu pelik pun takat jual frame, throw pillow ngan cermin berjenama fella aje la.takde pinggan mangkuk bagai tu.

jeles, jeles.

pat lima tahun lagi kalu ada duit lagi, udin tu dah pasang angan-angan nak beli wing chair pulak 2 bijik...kahkahkah...

Hasnor said...

hihihikk.hor weh, fella start sale arituh 17/3 kalo kt bukit subang nih.
mano pic sofa, living hall..nk tgk ettppp...
neway..comam siottt napok tu umoh :)
tahniah!

Blog Diva said...

senor:dekki aku ko sapo2 dok kl tu.buleh patey shopping. brand pun tebabo blako. sini gapo sgt la ado. mugo kapung jah kei..