Dark Fellows

Thursday, March 1, 2012

#849 Me Vs The Home Appliances

Hihik.. Suka tengok dua beradik ni sembang comel camni. Ni petang kelmarin sambil tunggu encik Jack balik keje. Haih laki aku ni kalu balik lambat bukan reti nak sms bini bagitau nak balik lambat. *bini pun malas nak sms tanya kabar. Risau la kul 7.30 tak balik-balik lagi. Hujan pulak tuh. Jika anda di tempat saya, tidakkah anda berimaginasi yang bukan-bukan?

Okeh, citer pasal umah belum habis lagi. Sila layan ye. Saya takde niat nak bermegah-megah pun. Takde sebab pun. Bukannya benda branded mahal-mahal. Saje nak share dengan sesapa yang berminat. Tak minat tak payah skrol down ye. Ini entri basi. Tapi saje nak post jugak.

Kisahnya lepas encik Jack balik haji aritu, kitorang terus proceed urusan renovation umah. Takkan nak berlengah-lengah lagi kan. Yang disewa nak kena bayar, yang dibeli pun nak kena bayar jugak. Rugilah. Kontraktor kabinet kitorang ada rekemen member dia untuk buat plaster ceiling. Indon workers, kemas hasil tangan katanya. So, kitorang pun deal la. Panggil tukang tu tengok umah then ambik quotations. Yang aku ingat sekali ayat dia Abang nak macam mana pun, cakap saje. Saya boleh buat. Hohoho. Kata-kata ini merujuk kepada siling cemana design or pattern yang kitorang berkenan since kitorang takde usul pasal design tu. Saya suka confident level pacik tu. Sangat meyakinkan. *jangan cakap saje lebih sudahlah.

Dia tanya kitorang nak design cemana. Nak cornice macam mana. Hoh, aku lemah betul kalu kasi katalog nak kena pilih-pilih ni. Last-last mesti terpilih yang huduh. Just to play safe, aku cakap cornice ikut orang sebelah tu je la. Selamat.... Nasib baik jiran aku dah buat cornice kat porch dia, buleh la aku tiru. Kebetulan pulak cornice dia style simple line straight-straight tu je. Aku tak minat style bunga-bunga tu. Malas nak sapu spider web. Leceh sikit.

Siling pulak, idea encik Jack yang nak letak kayu kayan. Kalu ikut aku, kasi rata aje senang dan jimat kos. Tapi boss sendiri mau yang komplikated, ikut suka dompet dia lah. Selagi tak menghuduhkan rumah, aku takde bantahan. Semua yang terhasil adalah idea dan kreativiti tukang. Kitorang kasi green light untuk dia bebas berkarya. Cewah. Nasib baik berjaya memuaskan hati kitorang. Suka suka suka!!!
Since tukang tu cakap nak macam mana pun dia buleh buat, aku cakap la aku nak cornice box macam 2 gambar kat bawah ni. Bawah tu letak curtain. Voila! Lama dah kan aku dok koya nak curtain box macam ni. (don't play-play, umah Rizalman pun ada ni). Kononnya nak lari dari kebiasaan yang orang selalu buat la kan.

Sekali, bila dah siap semua, tukang cakap takleh buat cornice box tu sebab sangkut kat ekon jadi tak muat pulak. Same goes to our masterbedroom's curtain. Haih takleh ke pasang ekon kat dinding lain?
Google
Google
Lampu kipas umah aku semua yang paling ekonomi. Takde ganas-ganas pun. Semua beli yang ada diskaun. Tu lah bestnya naik umah hujung tahun. Ada year end sale. Ada Krismas Sale. Ada moving out sale. Ada clearance sale. Alah, korang kat KL lagi best. Tiap hari pun ada great sales kan. Banyak choice pulak tu. Jeles, jeles.

Lampu umah aku biasa je. Mostly downlights aje. Senang. Dan murah yang paling penting. Siling kat tingkat atas dah ready made siling kapur. So, jimat dah untuk plaster ceiling pun. Buat kat bawah je la. Atas just tambah cornice aje. Dalam umah aku ni, ada 2 bijik je lampu yang nampak ganas sikit. Ganas la sikit dari lampu downlights tu. Satu kat dapur, satu lagi kat ruangan menyambut tetamu. The rest, semua pakai lampu downlights.

Tokei tu cadangkan aku pasang chandelier kat ruang makan. Takkan semua nak downlights, ambik la yang  lawa sket satu katanya. Dia nak kasi satu kristal chandelier dengan harga 400 je. Harga asal seribu lebih. Menggigil nak cakap tak nak tuh. Hoho. Angguk dengan geleng pun dah kompius mana satu. Hahaha. Punya la kan tergoda nak. Tapi nak buat apa. Takkan nak letak chandy tu kat kitchen since kitorang dine in the kitchen. Chandy lawa-lawa rugi la taruk kat kitchen. So, dengan berat mulut terpaksa jugak cakap NO. Alah, lampu putih bulat 3 bijik tu baru 200lebih je. Separuh dari harga chandy tu. Turning on jimat mode. 

Kipas pun beli kat kedai lampu tu je. Sebab dah survey kedai lain, brand Panasonic mahai untuk 5 blades ni. Ikutkan aku tak berkenan kipas kaler hitam. (sebab nampak macam lembaga hitam berpusing di siling). Tapi dah murah tak munasabah ni, aku pejam mata je la. Beli, beli, beli! Ni brand Alpha aje, macam yang Eric promo dalam DBE tu. Kitorang pilih yang 5 blades. Dapat jenis remote control. Aku tak kisah pun kalu takde remote.Tak penting. Kat kondo kan dah biasa tekan suis kat dinding.
Lampu dinding LED ni aku tatau atas dasar apa encik jack beli. Ini pun dapat harga runtuh tokei tu kasi. Lampu ni kitorang pasang kat ruang sambut tetamu. *ruginya. Kalu pasang dalam masterbedroom kan syok, buleh buat lampu tido.
Satu lagi lampu, kat pagar. Yang ni superspecial sket. Beli sekali kat kedai lampu tu la. Diorang nak let go dengan harga cuma RM2 sebijik. Hoho. Terus angguk la kitorang. Ehem, dua hinggit tu lampu aje tau. Bulb belas-belas hengget. Kikiki. Mahal bulb dari lampu. Harga asal puluh-puluh hinggit. Jimat, jimat. Buruk sikit pun takpe la. Lampu pagar jiran aku lagi buruk.
Ekon pun best jugak haritu. Ada satu kedai tu, memang kedai khas jual ekon la, hujung tahun baru ni Panasonic buat sale. Dah la harga lagi murah, dapat comforter free pulak tu. Beli ekon lima, dapat lima comforter free. CONTOHNYA la. Kitorang  takde la beli sebanyak tu. Dapat gak la menambah bilangan comforter free kat umah ni. Dapat gak la hampar kasi tetamu alas tido aritu sebelum katil sampai.
Memang betul la. Bila dah ada umah sendiri ni, ada-ada je rasa nak beli. Ada je projek nak menyempitkan ruang rumah. Duit je takde.. 

3 comments:

jie @ azie said...

aku pun samo teh..kalu ado duit skit mulo la nok verangan nok buat mace2 ko rumoh..pdhal bukei ado duit pung..hhuhuhu

Hasnor said...

huhuhu sweet la mc teh...aku suka! simple and nice..
alhamdulillah :)

Blog Diva said...

jie:haha...aku memei brehi koya kayo. walaupun....hahaha..kalu g kedai gak, nanyo supo nok beli doh2. pdhal xsei beli pun ;p

senor:biasa2 aja buk!