Dark Fellows

Tuesday, August 22, 2017

#1431 Me Vs Raiding Ikea

We're going to Ikea! Yayyyyy~~~~~~

Encik Jack dah inform few weeks ago. Hari ni dia ada meeting dengan supervisor dia kat UiTM Shah Alam. Dia ajak la aku, boleh la pegi Ikea. Sebut Ikea, banyak la aku boleh pikirkan in advance. Yang tak perlu pun boleh jadi ada dalam list ngehhhh.. So, aku survey hi and low pasal product apa yang aku nak beli. Harga, saiz, berat semua kena ambik kira kalu nak purchase barang, nak-nak kalu benda tu bulky in size. Muat ke tidak bonet keta. Mampu ke tidak nak usung 2 orang. Hah semua kau kena tau okay. Kang menyesal tidak berguna kat parking Ikea tu.
Demi nak berbelanja kat Ikea kononnya (macam la banyak habis ribu-ribuan nak shopping tu), aku dengan baik hati make an exceptional effort bangkit pepagi hari untuk siapkan bekal nasi lemak. At least dapat la jimat sket bajet breakfast dengan lunch hari ni. Bajet yang sepatutnya tu boleh la dump kat shopping cart Ikea nanti LOLOLOL *mesti Encik Jack terharu dengan usaha aku berkelakuan baik hati ni. ** ada chance nak overspending tanpa jelingan maut dari si dia LOL
 
Gigih okay! Siap dengan daun pisangnyer... Bekal roti-rotian untuk anak-anak andai kelaparan dalam bilik hotel menantikan Encik Jack balik meeting. Semua food supply aku dah beli siap-siap masa grocery shopping kat Tesco baru ni. Jimat sey. Kalu beli kat stesen minyak or RnR, mahal. Alololo bijaknya ini pompuan...
Sesuai dengan trip overnight hanya untuk 1 malam, kitorang packing light aje. Tak tahu hotel bajet yang kitorang duk tu nanti ada lif ke tidak. Tak kosa nak hangkut beg berat-berat kalu kena duk tingkat 5 nun! Lagipun nak bawak baju banyak-banyak buat apa, bertolak pagi ni, pagi esok dah check out. Yang paling penting, bonet kena reserve space untuk letak our bulky item nak beli kat Ikea nanti. Hohoho culture shock aku bersiap sebegini light. Bawak beg galas tu sebijik (isi kain baju aku dengan anak-anak, telekung solat) Pastu tote bag sebijik isi segala gajet, anak kunci rumah, ubat Encik Jack, pen, gula-gula, tisu basah, tisu kering, kertas yada yada). Pastu plastik bekal nasi lemak lunch tengahari ni kat hotel nanti. Owh ringkasnya! *kau banding dengan beg aku nak pegi Europe hari tu ke?
Anak encik Jack yang sorang ni, dalam keta pun nak buat aktiviti mengaler... Skema kot. Diorang memang excited nak pegi KL kali ni. Masing-masing bawak toys dan buku kesukaan masing-masing. Sebab duk hotel kot. Biar pun hotel seluas lubang hidung je pun, asal nama hotel! Kau nak duk hotel macam hotel ZTL kat Shenzhen tu tak mampu la nak oii... Kita ni kat Malaysia, bumi serba mahal!
Tiba kat hotel di Shah Alam ni around tengahari ngam-ngam masuk waktu Zohor. Yay, hotel ni ada lif. Takde la kau mereput nak panjat tangga.
Dapat kunci terus masuk bilik dan refresh. Makan-makan, solat then Encik Jack getting ready nak pegi jumpa supervisor dia. Aku dengan budak-budak rehat kat bilik je. Eh best pulak nasi lemak aku hari ni. Macam tak cukup pulak aku melantak kat hotel ni. Sambal dengan ikan bilis banyak lagi, nasi yang habis. Huh.
The kids were having their whale of time walau dalam bilik sempit ni. Haha. Enjoy je diorang. Hotel ni very convenient, dekat dengan kedai mamak, fast food, kedai runcit, 7-E, parking pun banyak. Mak suka nak. Lunch aje kitorang makan bekal kat bilik. Dinner kitorang turun order Pizza Hut. Jalan kaki je. Veeeeery convenient. Balik makan kat bilik jugak sebab Zaraa tido. 
Esoknya lepas check out, kitorang terus tuju ke Ikea Damansara. I effing lurrrrvvvvv this place. Tak nak balik rasa. Semua pun nak beli rasa. 
Masa aku pegi hari ni, banyak ruang tengah renovate. Tak banyak sangat display yang boleh aku cuci mata. Ikea ni kan, datang hari apa pun, keje mahupun cuti, tetap ramai orang.
Bila datang Ikea ni dah bawak list siap-siap, memang tak banyak buang masa la sebab dah tahu dah apa nak beli, mana nak tuju. Frust nak beli bedlinen set, tapi takde. Dalam website kata ada. Kat sini yang ada cuma quilt set. Beli jugak la quilt set je pun.
Budak-budak ni seronok benar la boleh naik troli pesen ni. Selalunya kitorang ambik troli biasa tu je, mana boleh duduk. Dah kali ni nak beli bulky item, kena guna troli ni la, tu muka hepi giler bebudak ni, penat pusing dalam Ikea kan. Okay, dah ada semua yang dalam senarai jomlah kita bayar dan blah.
Ni dia hasil beli dan blah kat Ikea tuh... Ikutkan hati nak beli sofa sekali tapi Encik Jack kata tunggu Ikea Penang bukak la. Malas nak hire personal shopper. Tak lama dah pun, maybe tahun depan siap Ikea Penang tu. Sempat la budak-budak ni nak lenjankan sofa Fella aku ni dulu. Masalahnya sofa Fella aku ni kukuh. Kainnya memang sama macam time aku beli, no tear, no discolouration at all. So how? Hahahaha... Nafsu sangat!
Apa benda bulky item yang aku beli kat Ikea tu nanti citer later.

No comments: