Dark Fellows

Sunday, October 8, 2017

#1440 Me Vs Tub Hygiene

Seminggu dua ni basuh kain asyik keluar benda hitam berkeping-keping. Misteri sungguh. Ingatkan ada sesapa lupa keluarkan kertas dalam poket seluar masa basuh kain ni. Eh bukan lah. Sebab masa aku buat tub hygiene tuh, pakai air je pun benda ni keluar jugak. Ni mesti benda dari dalam mesin basuh ni. Getus hatiku. Chewah bahasa.
Lepas basuh kain.
Kemuncak kesabaran aku masa nak keluarkan kain untuk jemur, hah keluar salji hitam ni. Ini memang way out of my control. Banyak giler kot keluar. Takleh jadi ni. 
Sementara tunggu technician aku ni balik lab, aku usaha je la dulu run tub hygiene sekali lagi. Nah, keluar banyak jugak benda hitam ni. Aku dah memang tahu kegunaan tub hygiene ni, pernah terbaca kat fesbuk suatu ketika masih aktif berfb. Disebabkan baru 7 bulan kot pakai mesin ni, takde la aku berhasrat nak kalut cuci wash drum ni. 7 bulan kot. 7 bulan. Mesin basuh aku yang lama sebelum ni pakai 10 tahun, takde pernah sekali pun cuci tub tuh. Dah memang takde function cuci dalam tu pun. Ok je 10 tahun tak pernah keluar apa-apa.
Clogged kat situ. Penuh lumut yang tertanggal dalam tu.
Bila engineer aku ni balik lab, dia operate la mesin basuh ni. Ikutkan aku, aku suruh call Seng Q aje report mesin rosak. Sebabnya masa buat tub hygiene yang last tadi tu, bila nak rinse dia jadi error sebab clogging air takleh keluar. Damn. Now satu apa keje pun takleh nak buat dengan mesin basuh ni. Terpaksa la cebok air tu curah manually sampai kering baru boleh tonggeng. Tu dah tonggeng baru nampak memang dia clogged kat salur drain tu. Clogged dengan benda hitam tu la banyak sangat bersepai nak keluar.
Can you see the black substance yang aku tanda (?) yang melekat kat wash drum aku tu? Itu la bendanya... Aku rasa tu mold yang grew within the tub. Kita kan basuh kain pakai air. Lama-lama akan tumbuh lumut la belah dalam tu. Disyorkan seminggu sekali lepas basuhan, set ke mode air dry untuk keringkan dalam tub (tanpa kain basuhan). Nanti dia akan run 90 minits or so untuk keringkan belah dalam tub tu. Cara ni agaknya boleh la lambatkan pertumbuhan lumut belah dalam tu. Lepas tu, sebulan sekali kena buat tub hygiene. Nak cuci belah dalam tu lah tak nak jadi macam yang jadi kat mesin aku ni. Tu lumut dah tebal tu payah la nak buang. Kecuali boleh hulur tangan sental dengan berus sabut memang setel masalah la.
Aku study-study dalam internet, diorang kata beli sabun macam kat atas ni. Kat kedai Cosway RM14.90 je sekotak. Brand lain, aku tak tahu. Ini kira ikhtiar aku yang terakhir lah. Diorang yang dah cuba kat berkesan. Nanti keluar macam-macam kotoran yang termendap kat belah dalam tub tu. Okay, beli dulu then try. 2 hari dah serabut kepala otak aku ni nak setelkan masalah mesin basuh ni. Fedap pun ye bila lalu tepi mesin basuh yang takleh nak setel masalah ni. 2,3 hari ni keje aku duk kaup air, kaup benda hitam lumut dalam tu. Fedap giler.
Nah sekotak ni ada 2 peket. Sepeket sekali guna. Semua pun pesan jangan kedekut, ikut arahan kena guna sepeket sampai habis. Tuang dalam mesin basuh, wash biar tub pusing sekali dua pastu off. Biarkan tub tu terendam dalam air berisi sabun tu sampai at least 5 jam. Lepas tu on balik, set tub hygiene. Kalu lepas siap tu nampak tak bersih lagi, repeat la yang basic wash-rinse-spin tu sekali lagi or sampai kau puas hati bersih.

Ada yang pernah buat sekali je terus bersih. Ada yang buat sampai 24 jam untuk pastikan betul-betul bersih. Depends atas tahap kekotoran mesin basuh. Aku? Lepas guna sabun ni, takde la berkesan pun. Sebab dah terang-terang aku boleh nampak dari belakang mesin tu cemana banyak mold tu kat dinding tub aku tu. Setakat buh sabun, rendam sehari pun takkan boleh tanggal semua mold tu. Sama la konsepnya sabun pencuci jamban tu. Walau dia kata tak perlu sental, tapi cuci betul ke kalu setakat tuang pembersih jamban tu pastu tinggal then datang balik bilas dengan air je? Tak, kan? Tetap nak kena sental dengan tangan jugak baru benda tu tanggal. Hah macam tu jugak la mold dalam tub ni.

Lepas buat tub hygiene tuh, aku wash sekali lagi. Tetap ada jugak lumut yang keluar. That's it. Malas dah aku. Dalam 2,3 hari tu berapa banyak air dah guna untuk bersihkan mesin basuh ni. Boleh jadi gila aku kalu nak bersihkan sampai tak luar apa tu. Sebab dah terang-terang nampak kan mold tu sebanyak mana yang melekat. Just don't drive myself crazy. Padan-padan lah tu.

Last-last aku biarkan aje. (dah nak buat cemana lagi? nak hulur tangan scrub pakai berus sabut pun tak sampai) Basuh je lah kain baju dengan mold-mold tu sekali. Apa nak buat. Harapnya takde la yang kena penyakit kulit pasni haha.

Yang dah baca ni, pi jenguk mesin basuh korang. Yang ada function button tub hygiene, educate yourself to use it. Manufacturer tak buat button tu sesaje untuk jadi hiasan mesin basuh. Kalu nak buat tub hygiene ni, aku syorkan buat malam-malam sebelum tido. Sebab lama jugak nak tunggu dia siap. 2 jam kot. Basuh kain baju tu dulu. Siap jemur kain tu, boleh set untuk cuci drum wash korang.

3 hari tau aku miserable. Menyampah benda canggih ni. Mesin basuh zaman dulu tak payah pun buat benda-benda camni.

No comments: