Dark Fellows

Thursday, August 31, 2017

#1434 Me Vs My Summer Trip Balik Hari

Tak sangka... I find peace writing my blog sambil dengar lagu Aiman Tino wkwkwkw 😂😆😉😏. 


Bebudak tu dok main kat atas, Encik Jack tengok F1. And me, doing and listening what I like... The weather's superfine. And I am happy.

Aku taip entry ni pada tarikh 7 Oktober... 2 bulan baru nak story-mory. Oklah tu kan.. Korang pun dah 5 tahun tak update! Wakakakaka tak caya, tengok kat belah kiri skrin korang. Boleh tengok sorang-sorang punya berapa lama tak hapdet. Mohon insaf ye kawan-kawan.

******

Hari ni hari 'buat ketupat'... Di Kelantan, sehari sebelum hari raya dipanggil hari buat ketupat. Agaknya orang dulu-dulu anyam, rebus ketupat sehari sebelum raya lah kot. Iron Chef ajak aku ke Golok hari ni, nak jemput Encik Labu Labi dengan Hazim yang pulang ke kampung halaman diorang belah sana (Thailand). Dari semalam lagi aku duk mempertimbangkan nak ikut Iron Chef ke, nak ikut Nik Pareh shopping tingkap kat Aeon Mall KB. Berbelah bagi hati ni. Ye lah, dah lama tak ke Golok. Kalu Iron Chef takde, memang tak jejak kaki lah aku ke sana. Nak pegi sendiri-sendiri, semua tak berani. Separuh hati lagi nak spend masa dengan Nik Pareh yang duduknya di pulau yang jauh dan payah nak pegi mengalahkan Pulau Krismas.

Pikir punya pikir, aku nak ikut gi Golok lah. Berat hati tau. Sebab kalu boleh aku NAAAKKK sangat spend masa dengan adik beradik aku. Tapi baru ni dah ikut Nik Pareh shopping kat Giant Tunjong. Mall-mall ni aku pun dah bosan. Aku nak pegi Golok, nak cari rare item... Atau bahan masakan atau apa-apa yang menarik kat sana..

Iron Chef datang kutip aku pepagi lagi. Lepas tu singgah umah kawan dia kat Pasir Mas dulu.. Bagus betul Iron Chef ni bab ukhwah dia dengan kawan-kawan sekolah dia.. Aku? Habis sekolah masing-masing buat hal sendiri. Takde masa nak reunion. Kalu buat pun, tak ramai yang join. Buang masa. Lepas jumpa kawan dia, kitorang terus ke Rantau Panjang.

Start dari simpang ke pasar baru Pasir Mas sampai la ke Kompleks Emigresen tu kereta berjujuk tak bergerak. 1km pun berjam nak lalu. Sampai ekon dalam keta pun tak rasa. It's scorching hot today. Tak larat nak makan jem tu, aku bukak tingkap keta tanya mamat yang duk tepi jalan. Dia cakap jem start dari Subuh lagi. Dah 3 hari jem luar biasa macam ni. Dia suggest, parking je keta kat situ pastu tahan je motor sewa. If not, memang berkampung la dalam keta.

Aku dengan Iron Chef dua-dua tak bawak balik passport. Nak gamble je hari ni ni. Mamat motor sewa tu kata takpe takde passport, pakai passport rider motor sewa tu je. Hahaha... Kitorang pun givap la nak drive masuk Golok dengan keta melihatkan jem tak bergerak dah dekat 2 jam tu. Terus Iron Chef U-turn dan parking keta. Kitorang tahan je motor-motor sewa yang lalu. Aku naik 1 motor, dia naik 1 motor. Hahahaha.. Gamble... Takut jugak sebenarnya tapi dah rider tu sendiri kata takpe, aku gamble je lah. Kalu dia tak kasi masuk, keluar je la balik. No problem.

Motor yang Iron Chef naik tu meluncur laju kat depan. Dia sampai sana dulu la. Sebelum tu Iron Chef dah bagitau pakcik rider aku, nak turun & meet kat Pasar Nat. Pakcik tu kata okay. RM10 sorang. Sampai kat kompleks Emigresen, memang tak cek apa pun. Masuk terus gitu je. Rider Iron Chef kena jugak tahan. Tapi dia bagi passport Thailand dia je lah. Then terus lepas.

Masalah timbul bila tiba kat Pasar Nat. Rider aku turunkan aku tempat lain. Iron Chef tunggu kat tempat lain. Laaarrgghhh... Nak call takde line, out of coverage. Dia pun takleh nak call aku jugak. Terpaksa la aku jalan kaki ke pintu gerbang dekat Pasar Nat tu. Nasib baik aku ingat pintu gerbang tu. Dulu masa anak sorang pegi dengan diorang ni, duk bergambar kat bus stop pintu gerbang tu la.

Aku masuk cabang lain, keluar cabang lain.. Jalan punya jalan punya jalan baru nampak Iron Chef. Fuuuhhh... Cuak jugak aku. Tak pernah pegi oversea sorang-sorang ok! Tanpa passport pulak tuh! Haih. Ada IC je. Pucat muka Iron Chef risau takut pakcik rider aku pegi jual aku kat memana hahahahaha... Nyampah. Pakcik tu pulak satu hal, dia tak nak hantar aku kat Pasar Nat betul-betul. Turunkan aku jauh giler kena jalan. Huh. 

Dah jejak kasih tu, kitorang pun redah la Pasar Nat tengok apa yang boleh dibeli. Dah tengahari tu ramai penjaja dah tutup kedai. Aku ada la sambar henbeg bundle 2 bijik. RM10 sebijik. Ada peniaga yang masih terima duit RM. Tapi kena convert dulu la ke Thai Bhat. Kitorang beli pakai RM aje.. Redha aje lah duit diorang lagi mahal dari duit kita. Cari durian kat Thailand ni takde pun orang jual. Huh.

Lepas shopping bahan-bahan masakan Thai, tunggu Encik Labu Labi call nak tahu dia dah kat mana. Tak call-call pun. Kitorang nak call pun takleh. Mati kutu 2-2 belah pihak. Sesambil tunggu diorang, kitorang lunch dulu la kat kedai yang biasa kitorang makan. Pekena paprik ori memang menyangkut lah. Panas-panas pulak tuh... Perghhh... 
Tengok-tengok henpon fuyyooo cantiknya timing. How many times in your live jam kat henpon kau tunjuk 2 waktu berbeza dalam satu masa? Tepat pulak tu. Satu waktu Malaysia, satu waktu Thailand.
Aku tak perasan lagi gambar-gambar yang aku ambik ni. Bila dah balik Malaysia baru tengok. Dalam hati, hekeleh dalam banyak shot-shot yang menarik sepanjang aku kat sana, gambar view huduh ni jugak yang aku ambik? Bila dah balik baru teringat apasal aku tak ambik gambar kat taman bunga tepi stesen keretapi diorang... Cantik kat situ. Huh, dah balik ni baru teringat. Maklum lah... Asyik tunggu panggilan Encik Labu Labi aje.
Last-last jumpa jugak laki bini ni di Rantau Panjang. Kitorang tak tunggu kat Golok la sebab tak tahu Encik Labu Labi nak sampai kul berapa. Tunggu kat Golok pun takde line jugak. Baik tunggu kat Rantau Panjang, at least kitorang ada line senang dia nak call. Lagipun Zohor dah nak habis. Kat Golok takde tempat convenient nak solat. Balik Malaysia tumpang solat kat Masjid Beijing je lah.
Meanwhile, Boss IBM tak henti-henti feeding status gambar bebudak ni kat Aeon Mall. Macam tak hepi je Zaraa. Dia rasa terasing kot, Adam takde, daddy takde, mommy pun takde. Dia sorang je join family aku yang lain. Masa ni Adam tak datang lagi. Baru on the way dari Apal. Yes, suamiku pulang dari kampung nak join diorang kat Aeon Mall. Aku jugak kat Rantau Panjang haha.
Malamnya, aku dengan Encik Jack dengan Boss IBM keluar makan kat D'Klasik Cherang. Orang lain tak nak ikut sebab semua penat. Aku kalu ikutkan penat memang malas dah nak keluar tapi perut kodi aku ni tetap kena isi. Eh suka la aku kat kedai ni. Makanan dia masak dengan ikhlas gitu. Sebab sedap. Lepas ni kira isytihar ni kedai angkat aku je lah. Puas hati makan sini.
ABC
Kuey teow kung fu
Chicken chop
Suka chicken chop dia super tebal isinya.. Harga dia belasan ringgit tapi berbaloi. Kenyang makan tak habis. Tapi on top of everything, aku paling suka datang makan kat sini sebab dah jatuh hati kat layanan seorang waiter/waitress kat sini.. Gambar dia kat bawah ni... Walaupun dia berpakaian lelaki tapi mekap dia jauh mengalahkan aku yang memang tak reti mekap ni. Tutur kata sangat-sangat sopan, tersusun dan respect giler kat customer. Kalu boleh datang makan sini, aku tak nak staf lain ambik order. Nak dia je. She/he is so fun to talk with. Sangat-sangat terbuka bila kitorang komplen kuah kuey teow kung fu tu terpekat sikit... Dia ok. Siap ucap terima kasih sebab kitorang bagi komen membina. Ni ambik gambar masa dia tengah sibuk ambik order. Sebut je nak ajak selpi, dia terus switch mode dari waiter/waitress pada mode selebriti. Mu ado? Suka la kat dia. Tak silap aku, aku dengar staf panggil dia Kak Su. Ke aku silap orang tak tahu la.
Puan Menteri pun cair dengan dia. Pandai ambik hati orang tua baq hang... Sayang sungguh.


Wednesday, August 30, 2017

#1433 Me Vs Acu Tera

Balik kampung kali ni susah nak bagi-bagi masa. Raya hari Jumaat. Jumaat Nik Pareh dah nak balik Kuantan. Makanya kata sepakat aku kat KB, dia kat Apal. Anak-anak diberi kebebasan nak stay kat kampung mana. Zaraa nak stay dengan aku kat KB, Adam nak ikut daddy balik Apal. Obviously, sebab masing-masing ada bff sendiri. Zaraa nak duk dengan sepupu pompuan dia. Adam pulak nak main dengan sepupu lelaki dia. Setel masalah. Dapatlah aku spend masa dengan Kayden.

Lupa nak habaq, aku dapat anak buah lagi. Anak ke 3 Nik Pareh. Baby boy nama Nik Kayden Iskandar. Aku belum jumpa lagi baby Kayden sejak dia lahir seminggu lepas birthday aku tu. So, ni lah masanya aku nak spend masa dengan anak-anak buah aku. Kasi chance la. Anak buah encik Jack anytime boleh jumpa tak perlu naik feri membelah lautan.
Encik Jack hari ni kat Apal. Diorang pegi pekena Ikan Celup Tepung kat Terengganu tu... Aku pun tak nak kalah. Malam ni kitorang ke kedai Acu Tera, kedai viral jugak. Ramai betul manusia. Meja sebelah aku ni order entah berapa puluh pinggan binatang celup tepung. Asyik sampai ke meja dia je. Hangin pulak aih.
Nasib baik baby Kayden behave. Bedung dia kemas-kemas. letak dia atas meja macam hidangan ni, dia tido je sampai semua habis makan. Good boy.
Zaraa yang aku perasan, sejak Adam takde sekali ni dia macam lonely je. Senyap je tak cakap banyak. Macam terasa semacam kehilangan ke tak tahu la. Lain lah dia. Hilang separuh jati diri. Kesian pulak.
Makanan sini memang nice lah. Sotong dengan udangnya sangat freshhhh. Salutan tepungnya sangat lembut dan halus tapi garing. Krupkrapkrupkrap... Semua nice. Cuma tak nicenya order lambat sampai mengakibatkan perut aku sedikit merajuk. Zaraa pun ala-ala dah mengantuk menunggu makanan tiba.
Lokasi kedai ni tepi Pantai Sabak memang sedap la duduk kat kedai ditiup bayu laut. Tak rasa panas kedai. Entah la. Aku pegi malam. Kalu pegi siang tak tahu la panas ke tidak kedai ni. Aku ni memilih jugak. Kalu kedai panas-panas aku tak gemar. Orang kata aku diva. Kulit aku ni nak jadi psoriasis kau tak tahu. 

Saturday, August 26, 2017

#1432 Me Vs Brimnes

Aku beli kabinet hah. 

Sebab melecet mata aku hari-hari tengok beg sekolah 3 makhluk Tuhan kat umah ni bersepah-sepah depan main entrance ni. Belum campur helmet 3 bijik, kasut, jeket motor etc lagi. Tahun depan ada seketul lagi tu nak masuk sekolah. Lagi la tak terkawal buku-buku sekolah depan pintu ni. Hari-hari bertukar hijau mak kau ni mana mau...

Aku tak tahan dah. That's it. Something need to be done. Sebelum ni kat sini aku letak console table. Nak kena alih ke lain lah. I need something sturdy, to store and cover the bad views of segala beg buku sekolah yang berterabur ni. I. Need. A. Covered. Cabinet.

Survey kat web Ikea, macam banyak yang menarik. Nanti sure ada Merdeka sale kan... Study and survey, last-last decide nak pilih Brimnes series. Sebelum tu aku mempertimbangkan Brusali, tapi Brusali tu dia ada ruang (gap) kat bawah dengan tepi. Aku nak beli 2 unit, nak letak sebelah-menyebelah. Kalu ada gap kat tepi, not nice la ada lubang tengah-tengah. Tu yang aku pilih Brimnes. Boleh la nak. Dulu pernah beli wardrobe Brimnes, ok je. Lawa la pada mata tak seni aku ni.
Kotak kabinet ni tersadai tepi dinding banyak hari jugak. Maklum la tukang pasang sendiri ni pun busy dengan lab work dia. Aku pun tak push dia suruh pasang cepat-cepat. Paham sangat dia terkejar-kejar dengan research work dia. Bila-bila dia free nanti dia buat la. And it happen his free time is today. Berapa banyak hari dah tersadai...
Taraaaa!!!! Siap pasang pun. Santek tak kabinet mak ni nyaaaahhhh??? Jadi lah tu. Selagi dia tak runtuh, duk je lah kat situ berjasa kat aku hendaknya.
Bila dah ada perabot putih ni, memang berjangkit la kat perabot lain.. Hehehe.. Habis perabot kayu lain kitorang cat putih sekali. Coffee table aje tak cat sebab tak kuat semangat nanti Zaraa kaler meja tu aku jugak yang hijau nanti. So, coffee table lantak situ kaler asal.
Satu rumah bau cat. Sekian.

Tuesday, August 22, 2017

#1431 Me Vs Raiding Ikea

We're going to Ikea! Yayyyyy~~~~~~

Encik Jack dah inform few weeks ago. Hari ni dia ada meeting dengan supervisor dia kat UiTM Shah Alam. Dia ajak la aku, boleh la pegi Ikea. Sebut Ikea, banyak la aku boleh pikirkan in advance. Yang tak perlu pun boleh jadi ada dalam list ngehhhh.. So, aku survey hi and low pasal product apa yang aku nak beli. Harga, saiz, berat semua kena ambik kira kalu nak purchase barang, nak-nak kalu benda tu bulky in size. Muat ke tidak bonet keta. Mampu ke tidak nak usung 2 orang. Hah semua kau kena tau okay. Kang menyesal tidak berguna kat parking Ikea tu.
Demi nak berbelanja kat Ikea kononnya (macam la banyak habis ribu-ribuan nak shopping tu), aku dengan baik hati make an exceptional effort bangkit pepagi hari untuk siapkan bekal nasi lemak. At least dapat la jimat sket bajet breakfast dengan lunch hari ni. Bajet yang sepatutnya tu boleh la dump kat shopping cart Ikea nanti LOLOLOL *mesti Encik Jack terharu dengan usaha aku berkelakuan baik hati ni. ** ada chance nak overspending tanpa jelingan maut dari si dia LOL
 
Gigih okay! Siap dengan daun pisangnyer... Bekal roti-rotian untuk anak-anak andai kelaparan dalam bilik hotel menantikan Encik Jack balik meeting. Semua food supply aku dah beli siap-siap masa grocery shopping kat Tesco baru ni. Jimat sey. Kalu beli kat stesen minyak or RnR, mahal. Alololo bijaknya ini pompuan...
Sesuai dengan trip overnight hanya untuk 1 malam, kitorang packing light aje. Tak tahu hotel bajet yang kitorang duk tu nanti ada lif ke tidak. Tak kosa nak hangkut beg berat-berat kalu kena duk tingkat 5 nun! Lagipun nak bawak baju banyak-banyak buat apa, bertolak pagi ni, pagi esok dah check out. Yang paling penting, bonet kena reserve space untuk letak our bulky item nak beli kat Ikea nanti. Hohoho culture shock aku bersiap sebegini light. Bawak beg galas tu sebijik (isi kain baju aku dengan anak-anak, telekung solat) Pastu tote bag sebijik isi segala gajet, anak kunci rumah, ubat Encik Jack, pen, gula-gula, tisu basah, tisu kering, kertas yada yada). Pastu plastik bekal nasi lemak lunch tengahari ni kat hotel nanti. Owh ringkasnya! *kau banding dengan beg aku nak pegi Europe hari tu ke?
Anak encik Jack yang sorang ni, dalam keta pun nak buat aktiviti mengaler... Skema kot. Diorang memang excited nak pegi KL kali ni. Masing-masing bawak toys dan buku kesukaan masing-masing. Sebab duk hotel kot. Biar pun hotel seluas lubang hidung je pun, asal nama hotel! Kau nak duk hotel macam hotel ZTL kat Shenzhen tu tak mampu la nak oii... Kita ni kat Malaysia, bumi serba mahal!
Tiba kat hotel di Shah Alam ni around tengahari ngam-ngam masuk waktu Zohor. Yay, hotel ni ada lif. Takde la kau mereput nak panjat tangga.
Dapat kunci terus masuk bilik dan refresh. Makan-makan, solat then Encik Jack getting ready nak pegi jumpa supervisor dia. Aku dengan budak-budak rehat kat bilik je. Eh best pulak nasi lemak aku hari ni. Macam tak cukup pulak aku melantak kat hotel ni. Sambal dengan ikan bilis banyak lagi, nasi yang habis. Huh.
The kids were having their whale of time walau dalam bilik sempit ni. Haha. Enjoy je diorang. Hotel ni very convenient, dekat dengan kedai mamak, fast food, kedai runcit, 7-E, parking pun banyak. Mak suka nak. Lunch aje kitorang makan bekal kat bilik. Dinner kitorang turun order Pizza Hut. Jalan kaki je. Veeeeery convenient. Balik makan kat bilik jugak sebab Zaraa tido. 
Esoknya lepas check out, kitorang terus tuju ke Ikea Damansara. I effing lurrrrvvvvv this place. Tak nak balik rasa. Semua pun nak beli rasa. 
Masa aku pegi hari ni, banyak ruang tengah renovate. Tak banyak sangat display yang boleh aku cuci mata. Ikea ni kan, datang hari apa pun, keje mahupun cuti, tetap ramai orang.
Bila datang Ikea ni dah bawak list siap-siap, memang tak banyak buang masa la sebab dah tahu dah apa nak beli, mana nak tuju. Frust nak beli bedlinen set, tapi takde. Dalam website kata ada. Kat sini yang ada cuma quilt set. Beli jugak la quilt set je pun.
Budak-budak ni seronok benar la boleh naik troli pesen ni. Selalunya kitorang ambik troli biasa tu je, mana boleh duduk. Dah kali ni nak beli bulky item, kena guna troli ni la, tu muka hepi giler bebudak ni, penat pusing dalam Ikea kan. Okay, dah ada semua yang dalam senarai jomlah kita bayar dan blah.
Ni dia hasil beli dan blah kat Ikea tuh... Ikutkan hati nak beli sofa sekali tapi Encik Jack kata tunggu Ikea Penang bukak la. Malas nak hire personal shopper. Tak lama dah pun, maybe tahun depan siap Ikea Penang tu. Sempat la budak-budak ni nak lenjankan sofa Fella aku ni dulu. Masalahnya sofa Fella aku ni kukuh. Kainnya memang sama macam time aku beli, no tear, no discolouration at all. So how? Hahahaha... Nafsu sangat!
Apa benda bulky item yang aku beli kat Ikea tu nanti citer later.

Sunday, July 16, 2017

#1430 Me Vs The End Of Bottles Obsession

Today marks the last day we're seeing these feeding bottles both in the house and in our lives. Zaraa dah berhenti minum susu sejak dua menjak ni. Jadi setelah bertangguh-tangguh sekian minggu nak buang botol ni, akhirnya hari ni aku decide nak buang for good. Dah bagitau dia dah. Dia sendiri pun suruh buang botol ni. Okaylah macam tu. Risau jugak kalu aku memandai-mandai syok sendiri pegi buang kang tetiba tengah malam meraung buat drama mintak susu cane. 


Dia sendiri tengok aku buang botol ni. Takde la lepas ni dia nak persoal aku pulak. Tuan empunya botol tu aku tak tahu la perasaan dia macam mana. Me, as as mother and as the tukang cuci botol sekian 10 tahun jadi mak orang ni, terasa sedih jauh di sudut hati. Dah besar dah anak-anak aku. Sekian lama, 10 tahun ke sana sini, balik kampung, ke oversea duk usung beg botol susu. Lepas ni dah boleh lenggang kangkung. Part best memang hilang satu komitmen cuci botol yang bertahun-tahun aku duk buat. Part tak best tu rasa sayu tu lah... 

Berkali-kali aku ingatkan Zaraa, aku tak marah kalu dia nak terus minum susu. She can still continue drinking milk, but in glass or cup. Takut dia salah paham aku haramkan terus dia minum susu. So far dia paham, mujur lah. Susu tepung dia ada lagi, incase dia teringin nak minum, boleh je bancuh dalam gelas. 

Tapi sejak tak nak susu botol ni, dia cenderung nak minum susu UHT dalam kotak tu. Tiap minggu kena ada stok susu UHT yang 1L tu lah kat umah. Sebelum ni Encik Jack mengeluh banyak belanja untuk susu tepung dia. Now, kita tengok mana lagi banyak belanja, susu tepung atau susu kotak. Susu kotak ni takde la menyungguh mana dia minum. Secawan dua sehari gitu je. Baru-baru bercerai botol ni dia ambik masa jugak kot nak menyesuaikan diri minum dengan cawan. Mana nak feel macam menyonyot puting botol tu kan.

Sebelum tido aku offer jugak kat dia kot-kot nak minum susu. Sebelum ni minum botol senang sambil tido pun boleh minum kan. Ni dia sendiri yang tak nak. Ada jugak time balik kampung aku tak bawak balik botol susu dia. Malam dekat nak tido tu dia mintak nak minum susu. Aku paham la, dia bukan nak minum susu sebenarnya dia nak feel puting botol tu je. Pujuk-pujuk lebih kurang dia okay je. Nasib baik jugak. Horror wey kalu budak tak makan pujuk sebab nak hisap puting ni.
Berhenti botol ni adalah sesuatu yang patut disambut baik oleh semua parents. Aku ada satu kebimbangan regarding this issue. Sebelum ni masa body dia bagai dipam-pam, I used to hear people say, budak-budak gempal kalu berhenti susu cepat susut berat badan... I like seeing her in plumpy shape. Cukuplah kat umah ni aku dengan Adam aje yang kurus. 

Skang ni dah beberapa bulan dia tak minum susu mana. Memang benar 100% bagai dikata, daripada tubuh yang gebu montel, skang ni dah kurus sekeping macam geng kurus kat umah ni. Semua baju yang beli sebelum raya hari tu dah longgar. Jeans tahun lepas yang sangkut kat perut bonbon dia sebelum ni dah boleh pakai balik. Dulu susah nak cari jeans sebab perut tak muat nak zip/butang, now pinggang susah nak cari saiz sebab ramping sangat. Pulak!
Balik kampung, semua pakat tegur. Paling best, nenek dia sendiri tak cam dia. Siap ingat anak orang lain lagi. Betapa kurusnya dia. To tell you the truth, aku pun rindu dia yang montel. Sedap sungguh nak ber-hug time....
Ada satu hari tu dia balik sekolah, cakap cikgu Saripah suruh minum susu balik. Cikgu suruh gemuk balik. Haha... 

Setakat ni aku tengok nafsu makan dia tetap macam tu jugak... Sesetengah budak, stop susu kuat la dia makan nasi. Tapi anak aku ni, macam ni lah. Makan nasi tu bermusim. Haih, makin lama, makin kurus lagi la dia...