Ferringhi bermandi cahaya. Macam Las Vegas.
Aku rasa separuh dari pengunjung night market kat Ferringhi malam nih pulang kehampaan. Buleh nampak tuh muka-muka keciwa. Termasuk aku! Huh, semua peniaga VCD haram tak nampak batang hidung pun malam nih. Dah insaf ke? Aiseh, time aku pergi je korang lesap! Tutup kedai malam lain la....
Apapun, manusia memang crowded sepanjang night market tuh. Berjalan dari bontot ke bontot. Punye la ramai santa claus keluar berjinggo. Aku tak puas hati nih tak jumpa DVD haram. Baru je dok berangan nak beli DVD best-best. Tuhan marah la tu.
Disebabkan jalan tersangat jem, kitorg memilih untuk balik melalui Teluk Abang Hang... Round island memalam buta! Memang adventure bangat la lalu ikut Balik Pulau yang sangat sunyi munyi tuh. Boss IBM tak terbunyi sound effect sepatah pun! Ahaha.. Sebenarnya kalu aku sorang-sorang kat belakang Kia tu pun aku goosebump giler! Saje je aku buat tak tahu. Kalu aku bagitau dia dan-dan tuh jugak berlaku rampasan seat. Haha.. Aku lagi takut. Aku rasa la, jalan tuh kalu buat aktiviti burung hantu (tinggal sorang-sorang dalam gelap) memang sangat efektif. Kalu tinggal mat rempit sorang-sorang pun aku rasa buleh insaf dalam kepekatan malam tanpa sebatang lampu jalan pun, tanpa sebuah kereta yang lalu pun. Kalu tinggal aku sorang-sorang harus aku pengsan 14 kali sejam! Takut siot! Nasib baik takde nampak benda melayang ke, melekat kat cermin keta ke, macam I Know What You Did Last Summer ke... Nauzubillah... Bila nampak je kawasan perkampungan, huh rasa sangat gembira dan lega! Macam journey to the graveyards aje!
Kesimpulannya malam nih kitorg pegi Ferringhi dapat parking lot aje yang berjaya 'dibeli'. Tu pun takleh bawak balik. ;-(
Abih citer.
3 comments:
hehhee frust tul gi feringgi tue..
anyway kesian my adik ipa penat2 bawa gi sana..
thanks a lot to him :-)
nanti next time bawa lagi tau hehe
-kakak-
kakak:hor..kito gi smula la pulok. mu mari hari biasa la.cuti-cuti nih takut org buat rush lagi.
orait beres hehehhe
-kakak-
Post a Comment