Dark Fellows

Saturday, October 23, 2010

#521 Me Vs So Many Colours!

Wuuuuuuu...~~Tesco pun ada angkasawan..

Pegi pasar beli sotong dengan harapan yang membara-bara nak testing buat ketupat sotong. Sotong ngan santan dah beli. Sekali balik umah, beras pulut pulak nan ado. Kedai runcit pulak habis stok. Grrrrr....

* * * * * * * * *
Okey, pasal kitchen cabinets yang tak setel-setel. Tengahari ni pegi kilang kabinet tuh kat Simpang Ampat. Jauh bebenor rasa nak menyampai tuh. Lalu ikut kawasan industri, perumahan, komersial..bla bla bla baru sampai kilang dia. Rasa macam bukan kat Penang. 

Okey, kali ni puas hati sket la buleh tengok contoh board yang besar-besar. Memang lain la ngan sampel yang saiz cinonet nih. Setengah tuh, bila tengok saiz kecik ni memang nampak comel. Tapi bila tengok kat board besar tuh, alahai macam perabot DIY la pulak...  These are the samples yang aku tengok kat kilang tadi. Gambar ni aku ambik kat blog orang.
 
 
 
    
 

Dalam pening lalat nak tentukan warna tuh, aku sempat pilih untuk wardrobe aje. Wardrobe kalu silap pilih kaler pun, selamat lagi sebab dalam bilik orang tak nampak. Lagipun, kos nak tukar pintu wardrobe (if happens that someday aku rasa sakit mata, sakit hati langsung mau tukar semua pintu almari tu), kosnya tak la semahal kabinet dapur kan. So, for kc, i need a lot more time to think. Last-last aku cakap kat encik kabinet tuh, aku nak pikir lagi secara mendalam. Dia cakap okey je. Dia kasi masa aku untuk ubah fikiran sampai 2 minggu sebelum depa tempah barang. Which is after dapat OC la.. So, there still plenty of time to think, to observe.

Tadi aku dok berbelah bagi nak guna melamin or solid ply untuk kc tu la.. Harga sama je. Kalu nak lawa, solid ply (or solid terus, tapi harga real solid tu mahal gilos la). Buleh buat frame kat pintu kc. Melamin takleh nak ukir-ukir dah. Dia memang seketul flat rata je. But in terms of durability, undeniable melamine ni flawless. Kalu nyatoh (or any kind of solid wood) ply, mudah calar, mudah nampak berkurap kalu lama dok kat air, flammable, pastu internal side pintu kabinet tuh dia tampal kertas putih aje. Kalu melamin, luar dalam warna yang kita pilih tu. Senang citer, melamin adalah the best choice untuk orang kategori macam aku. (comel tapi malas)  Haha. Encik Jack pun nampak tak berapa nak approve aku pilih warna putih for solid ply kc. Dia tahu sangat la bini dia macam mana... Tak baek tawww!!! Ahahaha... Dia cakap, dapur kita bukan macam dapur orang keje yang masak sekali seminggu.. Dapur kita ni fully utilized. Orang yang jarang masak tu buleh la nak buat dapur putih-putih pun... Dush! Dush! Dush! Haaaa... Saper suruh malas-malas mengemas dapur yang skang ni kan... Sekali kena dush dengan big boss. 

Sebagai penutup meeting kitorang tadi, encik jack bayar terus deposit 10% tuh. Kira kitorang dah ikat la kompeni ni. So, pilih handles yang berkenan di hati, merayu-rayu harga kasih sayang, ugut suruh kasi extra ekseseri, anakanda sibuk ajak balik, bla bla bla then kitorang pun blah.

On the way balik tuh, aku ajak encik Jack berkoyaan kat kedai Perabot Permatang Pauh. Wakaka.. Macam lokak aje bunyinya kan. Citernya dinner hari Jumaat aritu aku ajak encik Jack makan kat  luar. Malam tu kitorang makan kat food court belakang JJ. (tomyam superb gilos macam tomyam carwash kat pulau) Parking keta depan Lazio. (Lazio tu sebelah food court tu la) *Imagine betul-betul. Kalu tak berjaya nescaya memang korang otak lemah. Sempat la aku usya display bedroom set kat cermin depan kedai Lazio tuh. Pergh... Cantik giler set warna putih-putih tu. Aku tengok depa pakai kayu pine. Imported nampak gaya. Berkenannya la hai kat katil putih tu. Halus aje buatannya. Macam yang display kat web Fella Design tuh. Cantik sangat. Gigit jari aku. Set bilik tido tatau berapa ringgit. Yang ada tag cuma harga tilam. Nam riban. Tu after less price asal doblas riban. Ko nak beli? Set-set putih yang lain aku tengok dalam lima riban camtu la.

Lepas makan kat food court tuh aku ajak la encik jack masuk cuci mata kat Lazio tuh. Besar gaban kedainya mirip Harvey Norman. Semua jenis perabot umah ada. Sofa aku tak berkenan sangat sebab banyak leather style L shape, pastu pulak keras macam pvc. Harga still tak kalah jugak. Anakanda syok giler test katil tu test sofa nih. Lompat sana, lompat sini. Time kitorang pegi tuh takde orang. Jurujual pun tak ambik pot. Yang paling anakanda syok sekali aku tengok, melenjan katil+tilam bulat. Sebelas riban ringgit aku tengok tagnya. Hmmm... Biarlah mahal pun, kalu tak cantik kat mata aku, aku tak beli jugak... Hahaha...

Okey, kembali ke citer kedai perabot Permatang Pauh tadi yang aku citer sekerat jalan tuh. Sebab aku rasa harga katil kat Lazio tuh ridiculous, aku rasa baik aku compare dengan kedai perabot permatang pauh dulu. Ahaha.. Ada hati nak compare kedai branded ngan kedai kampung. Hey, kedai kampung pun barang depa not bad tau! At least seswai la ngan taste aku ni. Dulu survey kabinet tv umah aku ni sampai ke BM. Last-last berkenan kat kedai ni jugak. Tahu-tahu la style skang ni kan banyak pesen modern. Aku tak berkenan. So, untuk orang yang bercitarasa nenek-nenek macam aku ni kena beli kat kedai kampung je la.

So, kekdahnya aku round la kedai perabot tuh. I like! I like! Tanya apek tuh kalu beli katil aje berapa ringgit. (Mind you, kedai kampung pun ada katil putih english style macam kat Lazio siot!!! Tapi ofkos la quality dia lain kan.. But still, it's made of solid rubber wood. Memang semua kayu solid Mesia pakai kayu getah jugak aper?!) Dia cakap around 500-600 gitu la yang aku berkenan tuh. Tapi yang kaler putih-putih tu aku kena tempah seminggu earlier la. Mak.. Seronoknya coz it's still within our budget. Nak cari katil kayu solid nan ado la bawah dari tu harganya aku rasa. Kira sedap-sedap bayar dah tu. Kot. Kalu aku ambik banyak sets, dia cakap harga buleh kurang lagi. Biasalah kan. Aku nak mintak less sampai dia sikit lagi nak menangis. Kihkihkih... *tumbuh tanduk

Kami keluar dari kedai dengan hati yang berbunga-bunga. Lalala~~~ Koya la! Balik tu pergi cari kedai plaster ceiling yang kak angkat aku habaq murah. Depan Balai Polis kat JJ ni je. Tak bukak pulak hari ni. Saje je nak pegi mengusya alang-alang dah mood be-rumah-baru hari ni kan. Kahkah.

Malam, sambung study kaler lagi... Macam nak ambik SPM cuaknya memilihnya warna. Takutnye la hai. Takut silap pilih. Biasa la. Bila benda dah siap mesti ada punya la kata hati yang bedebah yang bunyinye lebih kurang camni la ~ Hudoh la pulak.. Aritu nape tak pilih kaler satu lagi...Nyesal pilih kaler ni.. Gelap sangat la pulak... Nampak murah la etc(dah memang aku pilih yang murah nak suruh nampak mahal cane kan) Aaah... Aku study kaler sampai juling biji mata. 

Last-last aku givap. Kasi seat kat anakanda yang dari tadi dok sibuk nak tengok car commercials kat youtube. Encik jack sibuk tengok F1. Remote pegang kemas-kemin jangan harap nak cuit pun dia tak kasi. Don't play-play. Beliau mampu bertukar menjadi hijau-hijau Frankenstein kalu tak kena gaya dok kacau dia tengok F1. Time dia tengok F1, semua kena behave accordingly. So aku masuk bilik, put on my earphones, tune in to my korean ost mp3s, dok diam-diam buat benda alah ni...... Ahahaha.. Yummy bummy!
 Bulla! Bulla!
 Yay!! Aku pandai!
 Ish ish ish..Very the clever!

Wakaka.. Mulanya aku dok buat crossword puzzles. Macam nak gila cari perkataan yang disenaraikan. Dah gila pun sekejap, baru perasan, dia nak perkataan yang BERLAWANAN. Hampeh. Nyaris-nyaris aku ingat kan aku yang ba wau da wau Ha! Patut la aku tak jumpa. Pulak tu, petak dia sikit punya banyak dari yang dalam Metro tuh.. Mau tak meroyan nak mencari. 
Nak ketupat sotong!

12 comments:

R I N I . R A N I said...

mak aii...mahalnya Lazio tuh. tilam 6 riban????? sek2 jutawan jah bulih shopping situ deh...

bestnya mung mc teh. bulih beli perabot utk umah sndiri. katil putih tuh mesti meletop. aku pun minat perabot putih nih. kalu bulih nok sumer furniture dlm umah tuh biar putih. tp gak aku pindah umah fully-furnished. huduh giler perabot dia. garu kepala aku, tak reti doh nak wat make-over lagu mana lagi doh... huhu

Blog Diva said...

rini:harga jah supo kelas jutawan. aku tgk kalu sofa tuh kelas2 biaso jah.bukei lembut pun leather dio. cumo katil jah ok aku tgk. tu pun hok harga 5k ke atas la..hok stakat seribu tuh, pakai plewud je la...

aku ni la festaim nok masuk umah sdiri rini.slama ni mana ada perabot umoh aku ni.hok ado pun hok plg basic jah. utk hidup 3 org ni je la.

Anonymous said...

best baca . more adam pics pls!
muahs
-kakak-

Blog Diva said...

kakak:mek, mu bilo nok buat blog nyo.

jie @ azie said...

waaa..dah buat entry kc..syabas..syabas. KC aku corak jamila stripe tu teh. tgh2 antara mieco top & solid surface aku buat mocha walnut. wardrobe aku mocha walnut sbb nk sepadan dgn warna katil..pilih jgn tok pilih, hehehe

Blog Diva said...

jie:weh, kei lamo doh aku dok buat entries psl kc nih...dei xbaca tuh.. hahaha..

aku dilema nih jie.nok pilih kaler gelap takut napok gelap blako. kaler ceroh napok muroh.hok ado grain belang2 takut kat drawer demo psg kot vertical gak napok huduh la..

zahira said...

my kc color jamila stripe...mieco top color putih ada itam2 skit

Blog Diva said...

kaklong:oh ramainya pilih jamila stripe.rasanya my neighbour pun buat jamila stripe jugak.nice choice!

Cikgi Diva :-) said...

gonamo rima mulan jamila?hahhaha...macei2 ruponya corok dih.tgu taim aku nati senei la sbb mu ado nk refer.ngehehhehehe~ how lucky i am!

Blog Diva said...

mah:corok ni hok rata-rata kedai kc bertaraf sederhana guna. kalu mu g kedai kc hok kelas mok datin tuh, lain la kot material & color sample dio. mesti lagi vogue. hok ni kelas2 org supo aku buleh la beli.

beres.aku ada untukmu tahun depei.aku pun bukei tahu sangat. stakat hok aku gi survey tuh tahu la.

jie @ azie said...

aku perase doh teh cuma entry ni mu tunjuk semua corak kc. pilih la hok terbaek teh weiii..buat kc ni sekali jah utk sebuah rumah. warna meroh mu tok suko ko? lawa jgk weiii.. ado rumah sedara biras aku buat warna orange lagi ..

mah: mulan jamila ni corak hok rakyat marhain jah, kalu rumah semi-d atau agam keno cari hok lain tok leh paka mulan jamila ;)

Blog Diva said...

jie:merah ko, oren ko, hijau ko, biru ko...xbehi aku.kaler kayu or putih jah selera aku. kalu byk pitih buleh tukar kc setahun sekali tu buleh la aku tra-tra kalar menyala tuh..haha..

mah&jie: umoh aham gak, baik buat solid semangkuk or nyatuh la..xpun kalu hok minat modern style tuh pilih la akrilik or 3D gloss tuh... supo aku ni gak, hok ni pun semput doh nok byr...haha...