Dark Fellows

Saturday, February 26, 2011

#605 Me Vs The Good, The Bad And The Weird

Pagi ni konon ngengada nak makan tosai kan... Aku pun kejut la encik Jack dengan encik Frodo bangun ajak pergi santap pagi di Subaidah. Konon dengan alasan buleh makan dengan aman sebab ada playground dalam Subaidah tu boleh la encik Frodo main puas-puas tak kacau kitorang makan. Lepas makan pulak buleh pergi tengok umah since Subaidah depan umah aku je.. So, pancingan aku berjaya dan kitorang pun santap la kat sana.

Masa sampai Subaidah, memang nampak 'gelap' je dalam kedai yang tak pernah gelap ni. Penuh dengan rombongan dari mana entah. Bas persiaran tersusun berderet-deret depan highway Subaidah  tu. Tak lama lepas duduk, tengok diorang geng rombongan cik Kiah tu mula beransur. Hoh, terus cerah dalam kedai! Bagus. Aku order tosai sebijik, encik Jack order capati. Lambat pulak sampai order harini. Diorang buat roti canai dulu kot. Tak aci.

Encik Frodo macam yang aku jangka la, sibuk main kat playground Subaidah tu tak endahkan apa. Aku perati ada sorang budak gemuk pompuan tu, kalu nak kira memang overweight & oversize untuk main kat situ tapi dia selamba je jadi gengster kat atas gelongsor. Time dia turun tu, memang meleding gelongsor aku tengok. Seram! Then tetiba dia tampar anak aku. Hoi apa kes ko? Lari la encik Frodo kat kitorang ni. Aku tenung je mata budak gemuk tu. Suka-suki je tampar anak orang. Anak aku tak buat apa-apa pun kat dia. Tengok aku pandang semacam je kat dia, dia sengih-sengih balik kat aku. Panas ati betul budak macam ni. Kecik-kecik tapi gemuk pun dah biadap. Mak bapak dia pulak selamba je. Hisy geram betul aku. Orang macam ni memang aku tak ingin nak jumpa dalam hidup ni. Forever.

Lepas makan, kitorang terus tengok umah. Hoho hari ni gate besar dia bukak pulak. Dah banyak bulan kan gate tu tutup. Kebetulan sampai kat umah aku tu tengok main door terbukak. Suppose diorang kunci tapi ada indon tengah menyapu kot kat umah aku. Nampak ada penyapu, penyodok etc kat tepi pintu. Anak kunci pulak tergantung kat main door. Baru nak cuci la kot umah aku tu. So, kitorang pun masuk la. Hmm... Setakat ni dah kira nak siap betul dah la perumahan ni. Meter air dah pasang, lampu jalan dah naik, jalan batu pun dah diratakan, jamban dan sinki dah pasang... Pasni tunggu taruk kepala paip je la.. Part tu soka la...
 Dah ada meter air & wayar elektrik! Yay!
 Toilet orang gaji. Ada hati nak pakai orang gaji!
 Toilet tetamu tingkat 1

Part yang tak sokanya, bila tengok dinding kat ruang tamu cracked.. Hayo, dulu elok-elok je smooth aku tengok. Ni semenjak diorang buat kerja-kerja drilling, skru wiring ni habis rosak dinding ngan siling umah ni.. Tak cantik la.. Nampak kesannya macam pemaju dah 'fix' dinding tu.. Tapi still nampak cacat. Benda macam ni yang tak seronok ni. Hari tu elok-elok je. Ko drill siling umah ni pakai drill jalan ke?

Satu lagi part cacat umah ni bila naik kat master bedroom. Kan aku cakap pemaju janji nak kasi whatsocall rak buku untuk tutup cacat kepala tangga tu. They did. Tapi kan, sangat la buruk rak buku itu. Seolah-olah bertukang dengan kaki i tell you. Dengan senget benget, ada yang renggang, yang patut straight jadi melengkung, geronggong tak rapat etc. Apa ni? Konon kasi rak buku ni 'free' sekali siap umah takkan tak jaga langsung kualiti. Macam hire tukang yang takde experience langsung. Sangat tak puas hati. Bila dah dapat kunci, aku dah bagitau encik Jack suruh pergi report kat pemaju. (bebenda camni buleh claim ke anyway?) Mintak-mintak la boleh. Memang series, sakit mata nak tengok. Besar pulak tu rak buku dia.
 'Rak buku' yang cacat. Thumbnail to see the flaw.
 Master bathroom.
 Pandangan ke luar balkoni.
Jalan batu dah rata. Padang kat belakang yang nampak tanah rata tu.

Lepas puas ati tak puas hati (sila paham betul-betul ayat ni) tengok umah tu, kitorang pergi Klinik Dr Azhar pulak. Nak scan perut untuk buku merah aku. Menyusahkan betul la. Yang aku herannya, satu Malaysia ni klinik/pusat kesihatan/hospital lain-lain prosedurnya. Why not Kementerian Kesihatan selaraskan biar semua sama. Ni tak. Pergi klinik A, kena buat cara A. Bila pergi klinik B, cara B pulak. Tak ke mengelirukan dan menyusahkan pesakit. Buat aku rasa teraniaya aje. Hayo. Bila nak tiru negara maju ni. 

Perut memulas-mulas. Penangan kuah kari Subaidah tadi la tu. Nampak sangat perut dah lama tak pekena makanan Penang. Masa tengok umah tadi sakit tu ada la10 minit sekali gitu. Ni dah sampai klinik, sakit perut makin kerap datang. Kejap lagi nak masuk bilik doktor untuk scan. Perut pulak macam puting beliung. Cane ni... Tetiba nama dipanggil masuk bilik doktor. Aku suruh encik Jack ngan encik Frodo masuk sekali. Dulu dia tak masuk. Kasi encik Frodo tengok adik dia dalam perut aku. Masuk je dalam bilik doktor, orang baru je nak intro-intro dengan doktor (perempuan) tu, encik Frodo dah merengek-rengek nak tengok baby dalam perut aku. Hisy! Doktor pun kena tulis laju-laju kasi cepat sket buleh proceed scan aku. Seronok benar dia buleh tengok rupa adik dia. Masa scan tu dah nampak kepala, tengkok, back bone dengan tangan dia.. Tangan posing belakang kepala ko... Posisi tengah berfikir ke apa. Tu la, mak banyak sangat fikir sampai anak dalam perut pun terikut sama berfikir. Huhu... 

Cek-cek, scan result estimate usia kandungan aku 14 weeks. Beza seminggu dengan yang Klinik Desa kira aritu. Doktor cakap okay la since my period pun irregular. Lepas scan potpet-potpet dulu dengan doktor. Sebab dia dulu pun beranak triplets premature. Bila dia baca history past pregnancy aku yang hipertension tu, dia cakap dia dulu pun camtu gak lepas kena warded. Memang once admitted memang orang akan stress. Yang takde apa-apa pun buleh dapat sakit. Aku ingat aku je camtu. Rupanya sehebat-hebat doktor pun terheret stress jugak bila kena dok lama dalam ward. Kahkah..

Doktor ni sebenarnya doktor fulltime kat private hospital kat Penang. Dia buat part time kat klinik ni weekend je kot. Dia sendiri pun tak advise aku pergi cek perut kat hospital swasta. Tak bagus katanya. Tak complete, tak thorough macam hospital kerajaan. What would you expect from a money-based service? Itu kata doktor tu la. Sebab aku kan banyak problem mengandung dulu. Setakat pergi hospital swasta yang mengaku ada doktor 'pakar' belum memadai untuk orang macam aku. Kurang-kurang nak kena jumpa Hamid Arshad. Ada duit ke? Setakat jumpa doktor yang ada title 'pakar' je tu baik tak payah. Baik aku pergi gomen aje. Aku cakap ni sebab aku ada banyak komplikasi dulu. Bagi korang-korang yang takde masalah tu tak kisah la korang nak cek kat swasta pun. Lagipun many yang company cover kan. So pergi je la. Bagi yang banyak masalah macam aku ni, bunuh diri la nak pergi ke swasta tu. Jadi apa-apa nanti, they will push you to the government as well. Sampai kat gomen kena bebel pulak dah jadi camni baru nak refer gomen.. Hoho..

Sehari dua lepas, aku ada refer makcik Kembar. Maklum la Puan Menteri tak available kat Mesia skang. Ada apa-apa rujuk macik Kembar je la. Kebetulan dia call aku tanya kabar baru ni. Concern betul kat aku. Agaknya Puan Menteri selalu citer kot kat dia dalam ramai-ramai anak dia, aku yang paling berpenyakit dan tak reti nak bawak diri sekali. Haha. Sebab tu Macik Kembar call aku. Anak Puan Menteri yang lain mana dia call. Haha. Okay, masa dia call baru ni tu aku tanya la dia what if aku schedule check kat private aje. She's totally against it. Kecuali memang ada hospital betul-betul pakar bidang O&G ni. Ko sanggup? Macik Kembar pun banyak experience dalam perubatan jugak walaupun dia bukan doktor. Dia cakap sama macam doktor scan perut aku tadi tu cakap. Aku memang tak direkemen untuk cek kat doktor biasa kat private. Better cek ngan nurse aje kat klinik desa tu. Sebab kalu banding buku merah gomen dengan private pun dah buleh beza dah how deep they go. Macik Kembar memang ex-gov servant sama macam Puan Menteri. Kalu nak ikut mesti orang kata dia bias kan.. Tapi tadi doktor scan perut sendiri pun dari private hospital sendiri tak rekemen aku pergi private. Memang betul la private tak bagus. (untuk kes aku la, please do not misunderstand me)

Sebelum ni macam sedih-sedih je termengandung kan.. Bila tengok baby dalam perut tadi, rasa lain pulak. Rasa...... Hmmm... Tak reti nak cakap. Bila tengok tangan dia tergaru-garu kat kepala tu, rasa geli hati. Overall, it alters my perceptions. Rasa makin nak bertanggungjawab ke atas diri dan dia as well, rasa makin... Bahagia... alhamdulillah.... (encik Frodo sebut 'hambiyah')

2 comments:

Mochi Mom said...

yap teh..memamg tak detail mana buat kat private...selalu nya kalau nak check kat private ni klau u ada knowlage DR or u nak cepat...kalau tak bagus kat gomen..cuma itu lah...slow dan sebagainye...:)

macam ko...dgn complicated pregnancy history...gi gomen lah mek...lambat pun tak per..jgn terlepas aper2 yg penting...:)

aku dah rasa semua..dari gomen ke oversea sampai lah ke private...semua ada baik buruknya..sebab aku Dr...jadi aku boleh rasa paer yg tak kena...jadi terus request aje Dr penal tu buat...sebab kan kiter aje yg dia layan...dia layan sungguh2..:P...sampai fauzan pun kata...lamanye Dr ni check mama...kesian org lain tunggu...dah bnyk benda nak ceritakan..:P

anyway teh..bagus sgt ko dah happy....semoga Allah make it easy too...:)

jie @ azie said...

teh, jgn mu dok sedih2.. nnti baby mu tubik muka sedih wesss.. biar bahagia sokmo baru la baby bahagia kt dlm, hehehe. kita yg hidup ni tok lps dari mace2 masalah. mu pikir +ve la, kalu mu ado masalah besar, ada lg ore hok masalah dio lg besar dari mu ;)