Tadi on the way nak gi pasar, singgah tengok Nissan kat bengkel. Buruk pulak angle aku ambik gambar ni. Macam parking keta kat kedai tomyam je.. Hekhek.. Kelmarin singgah, brader bengkel tu cakap boss dia suruh cat sekali lagi pasal boss dia tak puas hati spray cat tu nampak tak smooth. Tak lama dah kot nak siap. Aku kasi prebiu dari belakang je for now. Biar saspen sikit depan tu cane bila siap nanti. Saprais la sikit.
Tengahari konon encik Jack ajak pergi Kulim sesambil pegi pos pil haruan tu nak cari seluar baju encik Frodo kat factory outlet sana. Sekali, lepas lunch dia cakap nak tengok racing la pulak. Encik Jack ngan F1 memang tak dapat dipisahkan! Tak jadi la pegi Kulim. Ye-ye la aku membungkus tulis address bagai tadi. Sekali dia cakap nanti dia pos esoklah. Pulak! Time camni la diri mengeluh takde lesen keta. Ada lesen keta pun kalu tak daredevil nak drive and drift, ado makno?
Tadi lunch (and dinner la, dah aku masak sekali harung je) was heaven. Sotong gemok2 masak rebus ketuk serai tu, ikan sardin (selayang) goreng, sambal belacan taruk nenas + tempoyak, pucuk putat ngan petai cicah budu, sayur campur stir fry pastu minum ngan air hasbro tuh taruk straw. Walaoeh.... Lepas tu aku tido 2 jam kekenyangan! Bangun-bangun dah kul 7. Asyiiik! Ye la, keluar pagi-pagi pegi pasar ngan Tesco, balik terus masak dengan gigihnya. Tumbuk sambal some more. Basuh pinggan mangkuk hayun, mandi, smayang, abis tengok CSI tengok-tengok jam dah dekat kul 4 lebih.
Mak buyung sangat penat. Time mak buyung buat keje, yang lain best je tido berdengkur. So, lepas semua bangun aku pulak take over tender tido. Baby pulak dari pagi aku tatau dok buat apa dalam perut. Garu lututkah? Korek hidung kah? Bergedik kaki kah? Lain macam benar pergerakan dia hari ni. Kuat, tepat, geli dan kerap. Tiap kali dia gerak-gerak kuat tu buat aku rasa nak tergelak. Klutz jugak yang ni nih. Hihi.
Esok ingat nak masak gulai nangka la pulak. Tadi beli kat pasar dah siap potong. Sepinggan RM1. Cukup la tu untuk aku dua kali makan lunch ngan dinner. Encik Jack belum tentu lagi makan. Sape ada resipi yameh gulai nangka? Sila dropkan kat ruang komen ye! Tengkiu! * Tak baek buat mak buyung ternanti-nanti tau... Kecur air liur baby aku
2 comments:
saya ada soalan,air hasbro tu gapo?
mija:sila baca entry #637. Kantoi x setia ngan blog aku la tu ;p mija, sirap hijau alik siam tu la demo ni panggil air hasbro blue bloy. tiap ari aku minum. namo lagi ngide.
Post a Comment