Dark Fellows

Monday, April 11, 2011

#650 Me Vs This Mommy Is Not Ready To Let Him Fly

Semalam masa tengah tengok Chain Reaction kat Astro Prima tuh, encik Frodo dah lena atas sofa depan tv ni. Aku ngan encik Jack dok bawah, ala-ala tengok movie kat panggung. Forget about the no-fluffy-sofa cabuk that we bought at cheap price, the 21 inches non LCD screen tv and no dimmer. We're still enjoying our movie-time together. Kata nak tengok wayang tak kesampaian kan!
Okeh, time iklan tu aku sesekali kalih jugak ke arah encik Frodo yang tengah nyenyak tido terbongkang sorang-sorang atas sofa tu. Aku cakap kat encik Jack, kesian aku tengok encik Frodo sehari-hari kat umah. Dia nak sangat berkawan. Once tengok bebudak main kat bawah, cepat-cepat dia meluru nak join bebudak lain main. Kadang-kadang budak lain tak endahkan dia pun. Ada sorang  budak baru ni masa aku tunggu nak beli sayur, budak tu datang nak main ngan encik Frodo. I was okay at first. Aku hepi gak la ada budak nak kawan ngan anak aku. Bila dah dekat tetiba budak tu dok jelir-jelir lidah kat encik Frodo. Main pesen apa camtu? It was like an instant rage inside me. Encik Frodo terkebil-kebil tak paham pesen game budak tu. Terus rasa tak hepi nak kasi budak tu main ngan anak aku. Tak suka la budak macam ni! 

Then encik Jack pun menyuarakan kebimbangan dia kalu encik Frodo pergi sekolah nanti. Sama macam aku la, dia risau takut encik Frodo terpengaruh dengan perangai buruk budak-budak lain. Setakat ni alhamdulillah he's an obedient boy. Sangat-sangat baik budi pekerti. Belum tercemar lagi la. Itu sebab dia duduk dengan aku. Kalu aku keje, tak tahu la cane bila dah duduk kat nurseri/pengasuh. Aku tak kata anak korang-korang yang keje ni perangai tak baik. Ini yang aku citer berdasarkan budak-budak tak senonoh yang aku jumpa. Anak korang aku tak jumpa lagi. Mungkin lebih behave dari anak aku sape tahu kan.

So, yeah.. We're worried. Skang ni memang ada pilihan tak hantar dia ke nurseri sebab aku tak keje, sebab dia belum sekolah. But by the time dia cukup umur nak masuk sekolah takkan nak tahan dia dari pergi sekolah jugak kan? Hmmm... Sama lah seperti kebimbangan yang pernah diusulkan dalam blog ct tuh.. Dia pun dah camtu sekali polished Haris sampai berkilau. Risau la bila dah masuk sekolah nanti sia-sia segala ajaran baik yang dipraktikkan sebaik mungkin kat umah. Anak orang kita tak tahu kat sekolah macam mana. Tak semua parents concern macam kita concernkan anak-anak kita. Kan Ct? Oh sangat risau.
Encik Frodo memang sangat nice boy. Walaupun hilang jugak kadang-kadang tu! Kalu pegi kedai, dia akan masuk straight ke bahagian fridge eskrim. Memang dia nak eskrim la. Kalu sebelum masuk kedai tu aku dah bagitau dia kita masuk nak beli roti je tau, tak nak beli eskrim, memang dia paham. Time aku nak bayar kat kaunter cepat-cepat dia datang dekat. Kira dia dengar la cakap aku sebelum tu. Takde la berdrama nakkan eskrim sampai tergolek-golek kat lantai kedai orang kan. Dengar memang dengar, tapi yang tak tahannya tengok muka kesian dia... Huk aloh. Bila fikir-fikir balik, memang encik Frodo senang dijaga. Tak banyak kerenah. Bab tak suka makan tu tak leh nak buat apa la.

Hmmm... Itu pasal encik Frodo. Yang masih mendengar kata. Mungkin berkat aku selalu dok bagitau dia suruh behave well, be a nice boy, tak menyusahkan mommy daddy, etc masa dia dalam perut dulu. This time, aku belum start stimulate lagi baby nih. Gosok-gosok perut tu ada la. Tapi nak bersembang ngan dia, agaknya dah terlalu penat mendengar ngan melayan bebelan si abang. Sangat tak adil kan. Ntah.... Betul la. This time dah jadi tak reti nak stimulate secara verbal ngan baby dalam perut ni. Dulu kat Tronoh dok umah sorang-sorang buleh la layan sembang ngan perut. Kali ni memang tak lalu dah! Hahaha...

Kelmarin pun kat Tesco sesambil nak capai puting susu encik Frodo kat rak tu lalu kat babies department. Okeylah, untuk tak rasa guilty sangat kat baby nih aku belek-belek jugak la romper set yang tergantung tu. Belek-belek, baru perasan. Aku dah tak reti nak beli baju baby! Dah tak tau apa keywords nak kena perati. Dah lupa perkataan penting macam 'newborn', '0-3' gitu.. Dah tak tahu range harga yang aku gredkan sebagai murah atau mahal. Haiyyyaaaakkk... Last-last aku blah je... Tak beli pun. Tatau nak start beli apa! List pun tak buat lagi. Aku copy paste mommy Nadia punya la ;p Tapi dia punya detail sangat. Banyak aku kena axe pastu hihi... So baby, Sorry! Mommy tak ready lagi nak buat list... When the time come, I'll make a good one for you okeh! Piss... 

Eh tadi bukan citer pasal encik Frodo ke....

10 comments:

jie @ azie said...

aku raso maybe mu bleh consider utk htr en. frodo gi preschool.
aku pun camtu gak teh..lg la aku kijo..pg2 htr anak, ptg baru gi ambik. anak aku takdok nursery, duk dgn biras aku smpai umur 4thn pastu baru aku ambik maid. aku masukkan zikry tadika/preschool start umo 4thn. masa survey tadika tu aku tak gi pun qdees or smart reader sbb ni tadika mahal, tok mampu nok htr tmpt golongan elit ni. survey2 last2 jumpa la jgk tadika yg ok. borak2 dgn pengetua dia, tgk2 silibus yg ada, tgk environment and ckpla kita punya expectation. yg aku berkenan dgn tadika ni sbb pengetua dia explain yg diorg takkan pressure student utk belajar. utk 4thn diorg lbhkan kpd kognitif & pergaulan antara kwn2. so far aku dah 2 thn htr kt tadika tu. mmg puashati & zikry tak dok la buat perangai tok molek. Kena cari tadika hok tok handle ramai sgt student. Mace hok aku htr ni 1 kelas = 12 org jah.

p/s: sorry sbb panjang sggh explanation.

Mochi Mom said...

aah teh...dah mula la ko rasa apa yg aku dok runsingkan selama ini...tapi itu lah teh...kita boleh cuba setakat yg mampu...kalau rasa mampu nak homeschool...terus kan..kalau tak mampu..kena cari option lain...

baru2 ni cik abg aku balik...dia kata dah ada research yg kata anak2 yg stay at home and homeschool with parent..lebih cemerlang segala segi and most of the qenius is from that family...aku tak mintak diorang genius teh...aku nak diorang ada akhlak baik teh...itu aje bekal aku nak bawak akhirat teh...gaji tak de nak derma2...betul tak?...sebab itu mat salleh berlumba2 nak skolah kat rumah...itu salah satu option lah kan...

aku dah anak nak masuk 3 ni teh...pengalaman dgn haris sgt2 berguna utk aku guna pada aisyah n baby ni insyaAllah...jadi dah tak rasa berat....kalau Allah beri ke izinan fizikal sehat...insyaAllah mental aku cukup nak handle...but for mu..kena take time mek...mu tak de pengalaman kan...pasal perangai tu...itu lah...bila anak dah terpaksa lepas..kena doa aje lah mek...itu aje yg mampu..:)

seronok kan bila anak kita jenis2 juruh ni kan..masyaAllah..Alhamdullillah...

panjang komen aku ni...aku bab2 anak2 ni memenag emo sikit...:)

Blog Diva said...

jie:umoh baru aku seksok ni tadika dpn umoh jah. buleh intai dari umah aku je. Tapi mslhnya tadika cina. x sure la ado anok melayu ko dok situ. hok pergaulan tu ok la buleh peje mato lagi. tapi mustohoknyo makei minum tu la. aku keno g tanyo demo tu hidei nate gotu ko dok. bab halal haram xleh buat main kei..1 lg, psl yuran. supo mu la jgk, aku mana mampu nok ata dio g tpt mhl2. ikut ati memei la nok ata qdees tuh. tp gak, duit memei tgh ketat loni.

loni memei aku aim tadika cina tu. kalu memei konfem semo mknn demo situ halal, ado anok melayu jgk situ, memei aku ata situ doh. senei nok g ambik ata dio sekoloh. jln kaki jah. nok kelik kareb dumoh pun buleh ;p

tapi keno la tanya dulu yuran dio brp...hehehe... dok koya sajo xjd dok?

Blog Diva said...

ct:psl homeschool tu aku rasa aku sendiri tak mampu nak handle. sebab aku ni bukan jenis konsisten. dr segi tu memang aku rasa better dia pegi bljr kat sekolah. tp tu lah.. bila pegi sekolah, takut jd lain pulak.

mek, aku memang xleh jd supermom mcm ko..handle 3 anak sorang2...aku yg baru nak masuk 2 ni pun dah cuak takut takleh nak manage...hoho...

Anonymous said...

http://www.mothercare.com.my/web/baby_checklist.htm

i miss adam so muchhhhhh!
-kakak-

Anonymous said...

There are various size:
early baby
tiny baby
newborn
0-3 months
3-6 months

aleesya dulu use tiny baby..coz of her size..
-kakak-

zahira said...

hahaha...teh k long pon baru makan pulut gaul nyior last week. Nak guna kelapa nya skit jah tp terpaksa beli sampai sebijik! puas ati la dpt makan pulut gaul nyior! durian jah tok beli lagi ;)

Blog Diva said...

kakak:kedai branded ado la early baby, tiny baby tuh. bo ko tesco, pantai timur, billion mano ado size gitu.

Blog Diva said...

kaklong:tu la..depa jual byk.yg kita nak mkn sikit je. Kalu beli dry dessicated coconut dalam peket kat supermarket tak sedap. rasa tak ori ;p

Cikgi Diva :-) said...

yer mmg btul bila g kindie byk terpengaruh dgn perlakuan & kata2 budak lain.tapi bila balik rumah,mu kena betulkan dia balik.aku mmg x mampu nk homeschooling anak aku sendri,nok xsey kena hantar kindie jgk.bagi aku homeschooling mmg bagus,tapi mu kena bui anok mu bergaul jgk.if not,dia akan ada culture shock dari pelbagai segi & faktor.bergantung kpd tahap pemikiran kanak2 tersebut.sekian komen syok sendiri drp kaunselor terhandal.muahahhaa!