Good morning fella.. Apa macam breakfast tadi lu orang makan apa? Kitorang makan nasik berlauk lauk gulai ayam! Mana mau cari kat Penang ni pepagi buta kalu tak buat sendiri. Gulai ayam kelmarin tak habis aku perangat la pagi ni. Bau gulai ayam pagi-pagi ni buat aku teringat kat suasana pagi kat kedai jual nasik berlauk di Kelantan. Yummm... Masak nasik sikit, potong timun Jepun sikit, cedok sambal belacan sikit. Voila! Nasib takde daun pisang. Kalu ada daun pisang hoi, lagi menyangkut. Sebijik macam makan kat kedai kopi pagi-pagi (kat Kelantan la, sini kiamat pun tak jumpa nasik berlauk pagi-pagi, nasik lemak ngan roti canai ado la) Disebabkan pagi mode rajin berganda-ganda, aku buat side dish -sandwich sardin ngan mini murtabak (frozen punya lar).. Harap encik Jack tak lena kat kerusi Ketua Jabatan itu.
Heh, aku 2,3 hari ni dok nak citer pasal perasaan cuak aku nak kena handle 2 anak ni nanti. Tetiba bukak Oprah tadi satu jam dok reveal pasal Nadya Suleman The Octomom tuh. Oh macam tahu-tahu je aku mendambakan topic sebegini. Sampai encik Frodo merayu nak tengok Ceria pun aku tak endahkan. Punya la syok topik hari ni. (why la anak aku ni pesen bangun pagi?) Ada sesapa yang tengok episod kali ni?
Si Nadya Suleman ni hantar surat kat Oprah, cakap dia nak jemput Oprah datang tengok sendiri keadaan kat umah dia selama 24jam. Dia nak clearkan all the misconceptions orang terhadap dia. Macam-macam kan media dok report benda-benda yang tak betul. So dia nak Oprah berikan dia ruang untuk jelaskan hal sebenar gitu la. So Oprah kasi green light kat crew-crew dia untuk rakam apa sebenarnya berlaku kat umah dia sepanjang 24 jam tu. Hoho... You sure don't want to see that!
Selama ni aku dok rasa susahnya la nak besarkan anak sorang ni. Terfikir jugak macam mana other parents deal with their multiple children. Tapi kali ni buleh tengok sendiri secara jelas macam mana seorang ibu tunggal jaga anak yang masih kecik seramai 14 orang. Memang chaos. Dalam rakaman Oprah tu, buleh tengok kekalutan dia nak kena handle all the 14 kids. Memang la ada 3 pengasuh yang tolong dia jaga anak-anak dia di siang hari. Tapi malam memang dia sorang je handle semua tuh. Sepanjang masa tak kira tempat, dia kena kira anak-anak dia. Funny jugak. Tapi camtu la realitinya. Time nak mandikan (dia mandikan anak dia 2 hari sekali sebab takleh nak handle too many kids), kena kira.. Time nak suap makan, kena kira. Pegi playground, kena kira. Put the kids to bed, kena kira. Tiap masa akan ada anak dia tak cukup 14. Sorang dalam bilik air, sorang terlepas kat luar... Hoho, memang takde masa si Nadya ni buleh rehat. Tido malam kalu dapat 3 jam pun kira lumayan dah. Kalu tak, memang kat tangan dia dua-dua belah selalu akan ada anak dia. Kalu tak heret, dukung. Kalu tak dukung, peluk. Sentiasa. Memang Octomom ni takde masa untuk diri sendiri. Anak-anak dia pulak bila time tido, ada yang terlena kat meja makan, ada yang kena bacakan buku cerita dulu, 5 dah tido, 7 lagi dok berlari keliling umah. Bila sekali bau busuk, terpaksa la cium bontot anak-anak dia one by one nak tahu sape yang poopoo. Giler arr... Cane dia hidup. Memang tough la pompuan ni aku salut.
Seminggu dia kena spend USD1000 for the food supplies. Dia tunjuk la dalam peti ais bergelen-gelen susu, berpapan-papan telur, etc... Macam kedai runcit! Nak buat cane, anak tengah membesar semua makan banyak. Setiap masa dok kat dapur masak kat anak-anak dia. Kadang-kadang sampai hangus masakan sebab dok terkejar cari anak-anak dia. Bila ada anak dia sakit, kena mintak tolong kawan hantarkan ke klinik sebab dia takleh tinggal anak-anak lain kat umah. Dalam ramai-ramai, dia ada sorang anak autistik. Memang mencabar la. Nakkan attention all the time. Yang pompuan sulung tu time mak dia put to bed, pegi pijak lanyak-lanyak adik dia yang kecik. Hoho, drama! Mengucap cicak Oprah tengok keadaan sebenar kat umah Octomom tuh.
So, can you imagine how her real life actually? Aku yang anak sorang baru nak masuk dua ni pun dah rasa macam tak cukup tangan. Dalam hati selalu tertanya-tanya buleh ke aku handle 2 orang ni. Yeah, ofkos I can. Tapi part attention, love, affectionate, buleh ke aku bagi sama rata? Kalu aku bias cane? Bimbang pulak kat encik Frodo kot-kot bila dah ada baby baru, dia aku abaikan. Korang yang dah beranak lebih sorang ni cane korang deal ngan isu anak-anak ni?
Sejak terpregnant, ni tiap hari rasa guilty kat encik Frodo. Rasa macam segala perhatian dan kasih sayang kat dia dah dirampas. Tiap kali rasa sangat kesian bila tengok dia. Pasni bila dah ada baby aku takleh nak manja-manjakan dia lagi dah. Takut jugak kalu dia jadi tempat aku melepaskan kemarahan nanti. Tahu-tahu la bila anak double lagi, so does the troubles. Benda ni semua parents pun face jugak kan. Tapi orang lain takde la cuak sampai masuk blog macam aku ni kan.
Bab bias tuh, aku takut sangat jadi ibu yang pilih kasih dan berat sebelah. Dalam family aku pun bukan satu dua je contoh tak baik ni. Aku tak nak la bangkit kat akhirat seksok kaki tempang sebab kat dunia tak adil kasihkan anak. Hoho, berat tau! Bukan suka-suka nak peramaikan umat nabi Muhammad je beranak ramai ni. Takleh divide kasih sayang pun Allah soal jugak seksok jangan tak ingat pulak. Kalu tahu beranak je ramai-ramai pastu dok ajar kenal tangga mall aje, tangga masjid tak kenal pun Allah soal jugak akhirat nanti. Hoho... Don't play-play..
2 comments:
nice article!
-kakak-
mek....sayang pada anak2 nanti, nak tak nak mesti ada beza....buka pilih kasih mek...tapi anak2 kita semua tak sama...ada yg gitu..ada yg gini...jadi sayang kite pun macam itu...tapi bila kita boleh cari dan sentiasa mencari kualiti pada anak2 kita...memang kita sentiasa sayang diorang...sama sahaja...jgn risau...
pasal abg...tak per..dia dah besar...somehow dia akan cari cara untuk tenangkan hati dia esp bila kita terpaksa layan adik..
as long as we do our part..Allah will always help the rest..:)
Post a Comment