Tadi pegi Tesco encik Frodo tak nak dok dalam troli. Kadang-kadang kesian jugak kat dia dah la kat kondo pun terkurung tak bebas nak berlari, ni datang Tesco pun nak berkas-berkas jugak. So tadi kitorang tak taruk dia dalam troli la. Kalu buh pun nanti rimas dia dok meronta dalam tu takleh nak membeli-belah dengan aman jugak.
Tadi aku tengah tolak troli tetiba encik Jack datang tanya mana encik Frodo. La, tadi dia ikut encik Jack. Aku ingat dengan encik Jack la. Goosebump. Hilang lagi. Grrrrrr.... Tadi lagi masa kitorang dok ambik barang, dia dok lari-lari. Tapi tak jauh la dia pegi. Bila jauh sket, dia patah balik. Kali ni betul-betul gone with the wind. Fedap la aku bawak budak camni datang beli-belah. Nak tinggal kat umah, takde sape nak jaga.
Aku ngan encik Jack then split untuk misi mencari dan menyelamat encik Frodo. Few minutes passed by, still jugak tak nampak kelibat dia. Memang liar la mata cari dia. Hati dah start rasa tak sedap. Mata dah nak nangis dah. Believe me, bila rasa geram teramat ni pun rasa nak keluar air mata jugak. Tak habis-habis buat perangai! Dengan tempat luas camtu, dengan ramai manusianya mustahil la nak nampak dengan mudah. Aku aim kat game arcade tuh. Tiap kali pegi Tesco or memana mall, dia sangat teruja nak naik keta yang taruk coin tuh. Baru je nak hayun langkah then dengar announcement "Perhatian kepada ibubapa yang kehilangan anak, kanak-kanak lelaki berbangsa Melayu, berumur 3-4 tahun sila ke blablablabla..." Dalam ati aku, memang dia dah tu.
Aku call encik Jack, tanya dia dah pergi ke belum. Dia dah on the way. So aku tunggu troli je la kat dalam tu. Then dengar second announcement, "Ibubapa kepada kanak-kanak lelaki bernama ADAM, sila ke blablablabla..". Dalam tengah menggeram tu rasa nak berderai tawa jugak celah lorong barang tuh. Pandai pulak dia bagitau orang nama dia Adam. Well this sickly worried mom was quite impressed. Tak sia-sia tiap malam dok tanya nama dia apa. Penah gak aku ajar dia suruh bagitau nama kitorang kalu hilang. Tak sempat nak hafal kot part nama mak bapak tu. Dah kira bagus la tu buleh bagitau nama dia. Oh rasa nak menangis terharu dia dah pandai bagitau nama dia. Alhamdulillah, anak aku dah berjaya dijumpai. Bukan risau sebab takut dia nangis ke apa, aku risau takut orang bawak lari je. Bab nangis tu memang dah tahu dia ok-ok je tanpa kitorang.
Encik Jack cakap, encik Frodo rilek je kat customer service tu time dia sampai. Dia buat macam biasa la. Duduk bersenang lenang kat kerusi. Siap dapat toy lagi staf Tesco kasi takut dia nangis. Staf kat customer service tu siap cakap, ni lah budak yang paling cool penah hilang kat sini. Tak nangis pun. Free-free dapat award budak hilang paling kool. Lepas tu sampai balik umah pun dia kool je. Aku ngan encik Jack la yang menggeram kat dia. Dia bukan tau apa pun. Yang malu pun bukannya dia. Agaknya orang kat Tesco tadi dalam hati dok kata cemana la kitorang jaga anak sampai buleh hilang. Tengok kat tangan encik Frodo berparut cam kena api pulak. Sah-sah tak pandai jaga anak.
Dalam keta on the way balik tu, aku cakap kat encik Jack pasni kita gi print t-shirt tertera KALAU SAYA HILANG SILA HUBUNGI 012-XXXXXXX. Buat saiz dia sedozen siap-siap macam-macam kaler. Hari ni pakai warna biru. Esok pakai warna kuning. Lusa pakai warna putih. Geram betul. Asyik tahu nak hilang je. Bukannya dia reti nak saspen mana mak bapak dia. Hari ni betul-betul rasa macam nak makan budak.
Balik umah, baru perasan banyak benda yang tertinggal tak sempat beli. Punya la kan cuak anak hilang terus otomatik lupa shopping list. Time aku tengah sibuk-sibuk nak masak, dia pulak terketik-ketik dok main pintu fridge. Aku suruh tutup dia tak dengar. Pastu dok main-main telur. Pecah sebijik. Menyinga la aku ngan encik Jack marahkan dia. Tak reti dok diam. Kena jerkah, kena pukul ngan encik Jack, kena halau masuk bilik, terus tido tak keluar-keluar. Tensi la! Kesian tu kesian jugak bila tengok encik Jack naik minyak ngan dia. Tapi kalu tak ajar, bebila dia buat lagi.
Tengok dia tido lepas kena belasah ni kesian pulak...
10 comments:
belasah???? aiyooo....
well done adam dh bulih oyak kokram nama dia,anak aku wpun bcakap pot pet pot pet blum ttu ag nk oyak nama dia kokram..huhu
sabar jer lah adam. sib baek la org customer service jumpa dia!
mija:behei tange jah heh.. tgn tu xleh dok diam getek. tiko org sibuk, dio 100x lagi sibuk pado org. tu encik jack naik myk dgn dio tuh.
kaklong: org customer service tu ckp pompuan yang hantar dia ke situ.agaknya ada anak sebaya ngan kodam la kot. mesti dok mengikut member tu nak keluar. tu yg akak tu hantar dia ke CS tuh.
Beli je tali hanjing tu senang! Daus pun bagi pakai pastu ikat kat troli or stroller so xde laa jauh sgt dia lari..
Esk anak dua lg susah. Mana nak kepit anak kecik, ngan adam nak pilih brg lagi huhuhu!!
Sabarlah ye!! Kita pun kadang2 tensi jugak ngan bebudak ni, kene marah kene pukul pastu bila time derang tido kesian lak! Huhu...
nyoh:dah try pakaikan beg sekolah yg cute kat dia. kejap je jugak bertahan atas blkg dia. pastu dia kemana, beg kemana... memang spesis bdn xleh ditumpang!
tu lah. time menyinga memang ye-ye kasi all out. pastu bila dia tido alahai, rasa menyesal gile le plk. kalu xajar, next time makin sdp la dia buat lagi.
siey pulok tgk tertido lagutuh...supo aku la lps maroh+behey mesti sero sedih+bersalah.sokmo kalu naziz maroh nopal mesti aku laghae sbb nopal sokmo doh keno nge aku.haha.bekeng2 aku pun ado jgk perasae siey.biasolah ibu keh.
aku x ajin la plok mengalami kehilangae anok di hypermart/supomaket nih.sbbnyo naufal ni kalu dio g main jauh2 pun pahtu mesti dio paling smula tgk.sbb aku sokmo aja dio,kat tepat2 gitu ado ore jahat.tapi x bagus jgk aja gitu ko anok sbb kito bagi perspektif negatif ko dio.huhu.
mah:tu lah. aku bekeng jgk dgn dio. kalu dumoh ni sokmo aku la hok bbaloh nge dio. tapi takat bbaloh mulut jah la. behei tu bilo geram tlajok jah. supo mu kato la, sbb kito dok maroh sokmo kei dumoh ni, sero xsapa ati tgk pok dio naik myk ko dio.mugo ari2 sokmo keno doh nge kito.
huhu siam dih? aduyaii, x maroh gak, x belaja pulok...
mung x sey try atar dio skool ko..kot kalu ado saing, nati dio panda wat aktiviti lain slain gatal tgn tuh, huhu..takut dio boring duk dumoh, sbb tuh kalu tubik supo terlepas..
anok2 aku pon, kalu wiken, x g skool, duk dumoh gak, caro ko nk ngosek bendo2 ore larey..
terpaksa la bwk g gym ko padey ko wak lepas gian.
macey2 la dih, nk besar ko sore..huhu
senor:aku plan nok ata dio g school lps pindoh umoh baru.sbb ado tadika cino dpn umoh aku.tp keno g sebei jgk la takut hidei gapo2 hok terlarang tu kei.
anok aku ni memei pesen dio doh.wak tubik jln2 kat bwh tiap ari pun, kalu tubik mano2 tetap nok suka hati ikut2 org jgk.memei dio jenis mudoh dgn org.
tu lah.nok buleh ko bsr sorg2 tuh memei mcm2 la.
huhu...oo, ok la tuh..dey start skolah, kurey la sket karenah dio..
kalu gituh, memey keno beli laa belt tuh...aku gak, kalu rifqi berlari2 kedai gak, sero senok dlm perut nk nepik..tp sbb keno kontrol keh, gerey bena lah.
kitonya rusim takut nya ambik ko oghe, haiihh..dio pulok x tau gapo, sedak jah main lari2..
Post a Comment