Dark Fellows

Tuesday, May 3, 2011

#678 Me Vs 3 Hari Yang Tak Produktif

3 hari cuti. Kitorang macam biasa tak gi mana-mana. Setakat pegi pasar, pegi Tesco, pegi tengok umah baru tu je la. Sangat la tak produktif kan?! Ntah, padahal Penang ni banyak tempat menarik yang aku belum jejak kaki sejak 11 tahun dok sini. Mind you, it's been 11 years! Bukit Bendera pun aku tak kenal lagi jangan tak tahu.

Ntah... Tak reti la nak jalan-jalan tanpa tujuan ni. Macam dok tepi jalan raya tuh, bukak purse pastu tabur-tabur duit kertas depan keta yang tengah lalu-lalang. Buang duit. Memang series tak pandai nak berderat kitorang ni. Ada tujuan baru keluar. Sebab tu tak reti nak pegi makan angin kot. Nak makan kat luar sekali sehari pun dah rasa jakun. Inikan pulak berhari-hari dok tempat orang makan kat luar bekpes, lunch and dinner. Lagi la jakun! Semua rasa mahal. Nak buat cemana dah terbiasa masak sendiri. Sedap tak sedap tu belakang kira. Janji tak payah tengok duit ringgit yang keluar tiap kali makan.

3 hari baru ni memang tak menyeronokkan bagi aku. Seronok part encik Jack tak keje je. The rest, hmmm... Ini kronologi ujung minggu yang tak produktif kitorang.

Sabtu - Nissan dah discaj dari ward. Menggigil la tangan encik Jack nak membayar.. Petang pegi scan perut. Not happy with what the doctor told me.
Ahad- Pegi tengok umah baru. Jumpa neighbour baru. Encik Frodo hilang kat Tesco.
Isnin- front mirror Nissan retak.

Nissan dah siap baiki. Memang macam orang jugak la. Once dah cedera teruk, memang kualiti pun dah tak sama macam belum cedera tuh. Semua parts dalam keta yang diorang replace tuh kelihatan macam tak real. Macam toys je aku tengok. Banyak yang tak puas hati dengan keta ni. Banyak parts yang longgar. Remote keta pun kekadang jadi, tapi selalunya tak jadi. Meroyan la tuan empunya tuh. Dashboard pun kadang-kadang lekat elok, kadang-kadang longgar. Encik Jack been talking about selling it. I don't have any comments about that. Cuma risau, buleh ke nak cover pasni umah dah seriban lebih sebulan, pastu encik Frodo nak masuk school lagi, ada baby lagi, nak bayar keta baru lagi.

Tak habis diduga itu je, kelmarin masa keluar nak pegi beli ubat kareb encik Frodo, tengok cermin depan Nissan crack pulak. Tatau kena apa. Sehari sebelum park kat bawah tu ok je. Dugaan lagi. Nak tukar cermin, mau beratus-ratus lagi terbang melayang. If 2010 tahun penuh menduga kesihatan untuk aku, 2011 pulak tahun yang menduga kestabilan kewangan kitorang. Not to mention dugaan kat Puan Menteri sebegitu rupa itu. Oh Tuhan... Beratnya ujian dariMu tahun ini dan tahun lepas... Bilakah mentari bakal bersinar lama sikit? Selalunya macam tu la. Mendungnya lama, tapi cerahnya sekejap aje. Cobaan.... Tak tahu la apa anugerah Tuhan nak bagi disebalik semua cubaanNya ni. -------> Not happy.

Sabtu petang pegi klinik untuk scan perut. Doktor cakap baby transverse. Tak kisah la. Bukan concern sangat pasal tu. Banyak bulan lagi kan dia nak pusing-pusing. Kalu last minute tak pusing pun, operate aje. Tapi sedikit gelisah bila doktor cakap perut aku masih kecik. Nightmare dulu bakal berulang kah? Tapi dia cakap air ketuban cukup lagi. So far semua test tak menunjukkan sebarang ketidaknormalan. Ye la, mana buleh detect lagi awal-awal ni. Bila dah 7,8 bulan baru appear macam-macam masalah macam dulu tu. Balik rumah dengan sangat mood swing. -------> not happy.

Hari Ahad tu lepas pegi pasar macam biasa singgah tengok umah. Diorang dah pasang wayar ngan meter letrik. Pagar pun dah pasang. Eh, nape tetiba ada awning hijau kat depan umah. Kat show house takde pun. Dalam pamplet umah pun takde. Kalu rasa terlebih duit tu baik baiki dinding ruang tamu kitorang yang diorang rekahkan tu. Buruk tau! Cacat umah aku. Dah la kat titik tumpuan benda tu crack. Tak pun, baiki rak buku cacat kat dalam masterbedroom tu. Entah, tak paham la developer ni.

Tengah tengok-tengok umah tu, dah perasan ada jiran yang tengah tengok umah dia ujung belah sana. Tak lama lepas tu diorang datang kat kitorang. Indian couple ngan their daughter + bibik. Ini style Bollywood punya Indian. Takde bau minyak bijan. Very modern punya orang la ni. Datang berkenal-kenalan la ngan kitorang. Nampak friendly. Umur tua sikit kot dari kitorang. Diorang tengah tunggu kontaktor kc datang nak ukur dapur. Tak komfem lagi nak dok sendiri or nak buat sewa sebab diorang dah ada umah kat pulau. Dah kenal sorang jiran. Hopefully yang betul-betul sebelah umah aku kiri kanan ni pun baik la jugak. ---->happy

Kelmarin sesambil keluar beli ubat kareb encik Frodo, aku ajak encik Jack cari kotak. Macam biasa la laki aku ni bila dan sampai tu malas pulak nak turun tanya.Time aku nak turun, dia malas stop pulak. Last-last dia cakap nanti dia tengok kat lab je. Pulak! Ahad tu aku dah ambik kotak kat kedai runcit bawah ni. Tu pun ada satu je saiz besar yang aku nak. Kotak banyak, tapi saiz kecik-kecik macam kotak gandum tu. Leceh la kotak kecik-kecik nak kena pakai banyak. Pulak tu, dalam sekotak apa sangat buleh muat. I need bigger boxes.. Kalu kedai-kedai kat luar tu dekat, aku dah turun cari dah tiap ari. Payah nak ajak orang laki ni. Nak tanya kotak pun malu. Ke malas. -----> not happy.

Hari ni takde kisah cheesecake terpilu dah. Takkan tiap tahun nak citer pasal benda sama. Kelmarin kitorang belikan keta bomba kat dia. Harga? Sangat la MAHAL. Malu nak citer kat sini. Price doesn't matter. His happiness is all that counts. Kek pun tak beli. Lilin pun tak tiup. Semua tu bukannya ada makna kat dia. Kalu makan takpe gak. So, baik takyah susah-susah beli. Nak ikut cara orang memang tak terikut la sampai bila-bila. Ukur baju di badan sendiri lah. Dia ok je.. Dah memang tak diasuh apa itu tiup lilin, apa itu hadiah mahal-mahal. Cukup la apa yang ada. 

Sempena hari yang baik ni, aku harap aku dapat mengawal temper aku hari ni, tak marah-marah dia. Hari ni nak buat dia hepi. Nak buat dia seronok. Selamat Ulang Tahun ke-4. Mommy ngan Daddy doakan Adam jadi anak yang soleh, dengar cakap, sihat tubuh badan dan menyenangkan hati semua orang. Amin.

Birthday toast tahun ni tak grand.

5 comments:

Cikgi Diva :-) said...

mari aku jadi org pertama komen.

aku arini di skoloh sgt xdok mood.pagi tadi mujo encik naziz offer nok ata g skul,tidok gak aku MC doh.

haihh byk sungguh 'not happy' daripada 'happy'.jange la begitu,nati jadi lagi stres...psl duit tu mu jange mikir sgt.encik jack mesti tahu mcm mana nak solve.sbb tu Allah bagi lelaki ni 1 nafsu,9 akal...lagipun mu masih ada keluarga yg blg tolong.

byk2 doa supaya baby kali ni sihat selamat sempurna dpt branok normal (mu keno ado experience skali branok kut p*pet).hahaha.baru celenging!

Blog Diva said...

mah:tahniah kerana menjadi yg pertama mengomen.

aku loni berserah jah. mugo kalu operate pun, aku raso doh. *eksen jah bunyi. loni kalu keno branok normal hok aku saspen nyo. mugo tok alami lagi kei prosedur2 nok branok biaso tuh. xleh imejin la terkekeng dpn doktor jate. memei la dei sakit xmikir malu doh. (operate pun keno taye pep*t jgk smeta)

mugo aku tok kijo kei ofkos la aku susoh ati. mugo nok tlg xmampu. kalu aku kijo xdok hal la selagi aku ado simpanan, aku buleh je tlg dio. ni gak, umpama membiarkan dio terkapai-kapai mencari jln penyelesaian sendiri. ofkos family blh tlg, tp slama mano nok hrp bantuan org je. Tok kei gali lube tutup lube kei.

zahira said...

Adam...happy b'day. Maklong doakan semoga adam sentiasa sihat, jadik anak yg soleh. Amin...

biasa la teh...dugaan tuh...byk2 sabar. ibsyaallah ada jln penyelesaian.

Cikgi Diva :-) said...

opss x igt nk wish...

HAPPY BIRTHDAY TO MR ADAM!
you're 4 today!

dgn ucapan:jgn noti2 n jgn buat mami susah hati.

Hasnor said...

happy b'day Adam..

huhu...sigh, bak kata dimah, byk x hepi drpd hepi..
kalu bab duit, memey memeningkn kepala..

x po la mung..i'allah, ado hikmah la tuh..

kalu kijo pon, blom tetu x dok masalah..supo aku arituh, bkn masalah kewangan, tp masalah pulok tepak kijo sapa nk bereti2..Allah wi dugaan stresful kot tu pulok..
masalah kewangan tuh of kos dh, sipey2 duit, rusing takut x cukup saloh ko ceaser, takut gitu laa ginih laaa...
alhamdulillah sumo ok2 jah..

mung ni pon, stress ni melampau2 sbb faktor tgh ngandung nih..
calm down neh, jangey mk sgt la...

selesai dulu hok mano bleh..huhu