Dark Fellows

Wednesday, May 4, 2011

#680 Me Vs It's Just Started

Ye, dah mula mengemas. Semalam siap sekotak kain baju encik Frodo masa umur newborn hingga 3 tahun. Banyak baju under setahun yang aku buang sebab dah memang rupa kain buruk. Kecik ati baby baru ni kang kalu aku pakaikan baju buruk-buruk kat dia.

Kelmarin encik Jack mengotakan janji dengan membawa pulang kotak-kotak dari makmal. Makmal fakulti kejuruteraan Kimia diorang sampai alat baru. Tu yang banyak kotak-kotak diorang buang tu. The best part is, kotak kukuh, keras dan siap ngan bubble wraps kat dalam tu.. Yippee!!! Good to pack my stoneware & China sets. 

Semalam aku mengemas barang-barang untuk isi kat 'bilik' encik Frodo. Senang kan aku allocate terus semua barang-barang yang aku koya nak taruk dalam bilik mana. Siap satu kotak. Nanti bila pindah masuk nak unpack tu main slot in je kat wardrobe tu. Malam ni ingat nak kemas untuk bilik orang gaji pulak. Chehh. Bunyi macam real la akan wujud orang gaji dalam bilik tu. ;-p

Puan Menteri dah set appointment jarak jauh 22 Mei ni ngan pakar O&G HUSM untuk cek perut & trial of scar aku. Appointment tangan dia sendiri tu set ari Rabu before tu. So minggu tu kitorang balik kampung la sesambil encik Jack pun ada keje 24 Mei tu. Hmmm... Tatau la Dr Ramli nak komen apa pasal perut aku ni. So far aku rasa kepala baby masih di posisi yang sama lagi-the same position encik Frodo used to be in my womb dulu. So, I am not surprise bila baru ni doktor cakap baby transverse (lagi).  Wonder jugak, adakah sebab perut aku kecik dan sempit sebab tu baby dah takleh nak pusing-pusing sangat. Kesian dia. Claustrophobia dalam perut aku. Sabar ye baby, another 3 months to go. Apa la nasib. Dulu mengandung macam itu masalahnya. Kali ni macam ni pulak. 

Aku tahu kat HUSM ada mesin scan 4D. Dulu aku first patient try mesin tu masa diorang nak cek pasal air ketuban, etc. Memang aku, encik Jack, Puan Menteri, Dr Ramli ngan the distributor rep dah tengok rupa encik Frodo sebelum bersalin lagi. Wakil penjual mesin scan tu ada sekali la sebab kitorang first user mesin tuh, dia kena train doktor dulu baru buleh guna tu. Hihi... Dr Ramli cakap kalu encik Jack bawak pendrive time tu dia buleh save kan dalam pen drive kasi kitorang. Rugi pulak tak bawak aritu. Mana nak tahu kena scan aritu. Melepas gambar berharga seratus ringgit...

Kali ni entah dapat ke tak nak spelek Dr Ramli buat scan tu lagi. Macam la dia banyak masa nak layan permintaan aku ni kan. Kecuali la dah memang curiga ada masalah apa-apa ngan baby ni. Nauzubillah la kan. Berdebar jugak takut pergi jumpa Dr Ramli ni lepas tu terus kena tahan kat wad macam dulu tu. Errrkkk!!! Terus teringat kena jab ubat matangkan paru-paru baby tuh 3 dose!!!... Memang wajib kena complete 3 dose tuh. Walaoeh, macam kena tembak effect sakit tuh. Pehhh!!! Not to mention syringe dia sangat gemok ok... Kali sendiri la 3 bijik nak kena cucuk tuh. Sampai kena gilir-gilir bontot kiri kanan nak completekan semua dosage tuh. Lebam!

Kalu aku kena tahan pulak kali ni macam mana la. Encik Frodo nak kasi sape jaga. Puan Menteri dah takleh nak jaga dia. Setakat tengokkan tu buleh la. Tu yang aku paling risau. Kalu kena operate lagi kali ni pun, aku risau pasal tu jugak. Risau tak tahu nak hulur kat sape encik Frodo ni. Kalu kasi kat MIL, nanti payah pulak aku nak tengok dia. Kalu dia ada kat KB, kurang-kurang buleh la tengok dia sehari sekali pun takpe dah. Nanti aku rindu pulak tak jumpa dia lama-lama. Worst part, aku takut dia sayang kat orang lain, kat aku dah tak ingat dah... Huhu... Emo pulok mak buyung. Ofkos la, anak bukan 12. Dua orang ni je tau!

Whatever it will be, let's hope that Allah will make it easy on me and my family. Amiin.

1 comment:

Anonymous said...

teh...1st u hv to remember to take care of yrself NOW then only u will be okay tmr..Kawal diri sebaik boleh no matter how pain the dugaan is..jgn sampai memudaratkan kesihatan you!

you are pregnant now + ada fam sendiri + yr own mother is sick now + yr sister is far away & not able to be there 24hrs to look after you if anythg..no matter how much she wants to be there for you unless kena berhenti keje la.

if you are worry and same with me..coz i am yr big sister. It is so painful if i not able to do anythg for my dear sister.

Pls pls do take care of yrself..eat on time! Dont think too much coz it will make you stress and then tak lalu mkn or gastric getting worse. God is there so do not worry too much. You have to be strong for yr family the the tiny one .

I will visit you as frequently as i can to help. Rest more & eat well okay? Love you so much!
-kakak-