....esok lusa hari aku sape yang tahu.
Kelmarin baru je gelenya survei pasal laminated flooring. Baca reviews berkajang-kajang. But then tengok cermin keta retak pulak. Aduyai... Bertimpa-timpa masalah kitorang ni. Tak cari pun, dia datang sendiri. Time tengah syok planning nak bersedap-sedap dengan duit yang ada ciput ni pun, mesti ada halangan yang mendatang. Datin-Datin Seri tuh agaknya cemana la dugaan hidup diorang. Duit banyak sangat ni, memang la buleh beli semua benda yang nampak di mata. Luar nampak mewah, dalam hati siapa yang tahu. Apa kaitan.
Selalunya macam tu la. Time planning bagus, Allah duga ikut lain. Time nak pegi makan angin satu famili tahun lepas, aku sakit gastrik kronik. Tahun ni pulak, time planning masyuk nak hias umah baru ni, termengandung pulak, keta eksiden, cermin retak, mak sakit, nak beranak tatau kat mana, etc. Hoho... Pendek kata selagi masih bernafas, memang takde sorang pun terlepas dari ujian Tuhan. Time tengah diuji bertimpa-timpa ni memang makan hati jugak la bila tengok orang itu ini bergembira. Bukanlah jeles. Tapi more to macam bestnye la hai kalu aku macam si polan nih... Gitu la. Entahnya time aku senang dan time orang susah camtu gak la orang berpandangan terhadap aku. *ada ke?
Mak buyung sangat stress. Pagi tadi gastrik datang lagi. Kenapa ek, time peknen ni sakit gastrik tu jadi double from before? Very painful. Kesian encik Frodo dok main sorang-sorang. Kejap-kejap datang urut kaki aku sekali dua. Skang ni kalu gastrik, memang teruk terus. Takde mild-mild nya. Kalu kena attack, sampai berpeluh-peluh. Ke Allah nak train aku biasakan diri ngan sakit bersalin? Sama ke sakit perut gastrik ngan sakit nak beranak. La ni memang takleh fikir berat-berat. Fikir sikit, terus gastrik. Tinggi benar agaknya acid level dalam body aku.
Sejak misi cakap nak observe berat aku bln depan ni, selera dah pergi semula. Tekak dah tak lalu. Bencinya! Sebab tu aku benci hospital atau klinik atau seumpamanya. I hate the place. I hate the smell. I hate the job. I hate the memories in hospital. Hospital adalah tempat tak seronok bagi aku. Tempat yang menyakitkan. Tempat yang menyedihkan. Tapi tak deny la hospital tempat yang menginsafkan.
Ini takde kaitan tapi aku sesaje nak tanya. Korang yang dah kawin ni dah berapa kali buat pap smear/mammogram? Ikut jadual yang ditetapkan tak? Aku baru buat sekali. Masa nak bersalin aritu la. (aku rasa yang diorang buat tu pap smear la) Pastu haram takde buat dah. Hahaha... Malas ar nak buat tayangan percuma kat hospital ni. Yang dulu tu pun sebab prosedur, dan dah memang aku dok dalam ward. Takleh lari la. Kalu dok lepak-lepak kat umah pastu diorang panggil suruh pegi buat tu memang aku tak pegi kot. Haha. Sangat la ignorant aku ni. Tahu risiko tapi tetap membabil sendiri-sendiri. Tengok lah, tua-tua nanti aku buat la... (sila jangan contohi aku)
Aku harini ala-ala nak start mengemas baju encik Frodo yang zaman baby tuh. Dah keluarkan tadi, lambakkan depan tv ni. Pastu siapkan kotak nak isi. Pastu kena attack ngan gastrik. Tergendala la aktiviti nak mengemas. Tapi kira dah mula la 1st step tuh. Pindah kali ni memang mencabar sket. Sebab nak kena agihkan bukan takat kat umah baru je. Aku kan nak beranak. Nak kena pikir mana yang nak bawak balik beranak, mana nak letak kat umah baru, mana nak guna in the mean time, mana nak buang, mana nak kasi orang, mana nak tinggal. Kalu tak kerana nak beranak, senang la sket keje. Tak payah pikir nak asingkan yang mana untuk sambut baby, yang mana stay kat Penang. Kemas awal pun susah. Kemas last minit lagi la suicidal.
Kesian encik Frodo arini. Hari istimewa dia pun gitu-gitu aje. Mr Nice Guy aku ni hari jadi mintak nak air kelapa aje. Aduh, zuhud bangat anak aku. Nasib baik tak mintak rambutan cam Tihani. Mana la aku nak cari buah luar musim ni.
6 comments:
huhuhu..nk aku wat kek pos ko adam ko? hihihik :)
rifqi gak, kalu bleh 5 kali stahun nk celebrate b'day..bkn nk celebrate gapo, sibuk nk kek...meta kek gonih meta kek gituh..
kalu aku wi bekal kek bwk g skoloh, feeling b'day slaluh...
x po la, nnt adam pow mami later..bia mami rilek dulu..huhu
senor:dio memei xmakan kek la mek. serta mknn yg lembik2 lain. kalu dio jenis brehi kek tuh aku pun koya jgk nok baking2 nih. stakat aku sorg je feeling nok mkn kek, baik zasss ke secret recipe sajo...haha...
saing2 aku hok anok brehi kek ni memei semo rajin buat kek. aku pernah la buat kek coklat. pahtu aku sorg jgk berhempas pulas no ngabih kek sbutir tu. lps pado tu terus givap nok buat kek. pade beli jah sekeping.haha...
ooo x behi...huhu ok dh tuh, save bajet dh situh..hehe..
rifqi gak, ari2 pesey ciskek ko dedi dio..ari2 laa duk beli..skang tidak lg, cewah..
aku wi mkn dio ciskek sapa naik muok..ahahahahah..
suh la en jack makey weh..haha
aku kalu wak gegapo, en matno x makey..aku pakso jgk2..ahahah...kalu dop, len kali x yoh buat dh..ngaju :D
senor:en matno mu xpo la body bagai pipih dilayang. en jack tu gak, rusing aku.koho gebu, koho gebu. dio jenis mkn nasik nge kuih muih tradisional. ciskek tuh dio makei jgk. tp gak sekadar kutis-kutis je la...x berbaloi la nok buat sdiri.pah tu pulok kek ni bukei sedak kalu taruh lamo2 dlm fridge.
aku keno ado oven tebabo supo mu tu kot (built in oven) baru kencang nok baking-baking ni ;p
mek teh..maso preggy mudoh dpt gastric lg (on some people) ..supo aku dulu2 laa...jaghee gastric tp kalu maghi skali, tok jaley doh nga ubat makan, main inject teruss sapa kebas mulut2...takpo la kebas janji perut tok sakit...
sebabnyoo...erhmmm..most prob sbb hormone la kot...
nisa:yo ko? xtau la aku ni. ngandung ko, x ngadung ko...memei gastrik sokmo. kurei makei kot...
Post a Comment