Aku tengah tunggu encik Jack hantar encik Frodo ni. Maghrib tadi dia sms kata encik Frodo merengek nak balik KB. Eh???!! Macam tak caya pulak bila dengar tu. Tak pernah-pernah pulak dia meronta nak balik mana-mana tanpa aku. Rindu kat aku kah? Atau kenapakah? Ke frust nak kareb orang tak paham style dia?
Dari kelmarin Puan Menteri start buat physio sendiri. Satu advantage la bagi diri beliau yang dah sememangnya fasih dengan hal-hal perubatan ni. Masa mula-mula aku tengok dia sampai kat Penang tu, memang jari tangan semua bengkak (sembab air), kaler pucat kuning gitu. Lepas bukak simen kat HUSM kelmarin, Puan Menteri urut sendiri jari dia nonstop. Nak biar blood circulate elok-elok. Nak longgarkan urat saraf kat jari tu. Kelmarin memang susah sangat nak gerak. Nak lentur-lentur pun tak boleh.
Hari ni dah improve sikit dah. Sepanjang hari piring minyak urut dok tepi dia. Sesambil tengok tv, dia urut jari. Aku terliur jugak nak tolong gosok-gosok. Tapi aku takut. Gerun tengok jari yang debab-debab tu. Takut dia sakit. Ngeri pun ye. Kang salah gosok, lain pulak jadi. Bab lain nak tolong lipat kain, masak, kemas umah no problem aku boleh handle. Bab nak tolong urut tang dekat patah tu aku seriau. Sorry ye Puan Menteri. You pun tau kan ai ni penakut... Tapi dia cakap jari dia dah flexible dah sket compared to yesterday's. Dah banyak perubahan. Cuma nak grip takleh la lagi. Urat area kat jari dah keras. Ambik masa gak tu nak kendurkan balik. Hopefully urat-urat tu buleh loosen up la. Amiin..
Petang tadi one of the otai Geng Pencen Puan Menteri datang ziarah sambil bawak tukang urut sekali. Makcik urut tu dok dekat-dekat ni je. Risau aku tengok dia urut Puan Menteri. Takut la kan, benda kat dalam tu mana nampak ngan mata luaran. Nak kena x-tray. Berkerut-kerut dahi Puan Menteri tahan sakit. Sampai surrender suruh stop kejap. Tak tahan sakit sangat. Makcik tu cakap kalu urat keras, memang tulang payah jugak nak masuk reel dia. Main ngan patah ni, pegang je pun dah rasa macam nak menggelepar sakit. Tak sampai ati tengok Puan Menteri tahan sakit tadi.
Dia tanya makcik urut tu agak-agak berapa bulan baru buleh recover. Sebab dia cakap dia risau, aku kan nak bersalin bulan 8 ni. Takut tak sempat sembuh, cane nak handle aku ngan cucu baru. Sekarang ni aku dah tak peduli pasal aku nak bersalin dah. Doa banyak-banyak kat Allah, biar semua dipermudahkan. Kat baby pun aku selalu cakap, keluar mudah-mudah (tak kisah la normal or c-sec again), time pantang pun jangan berjaga malam, kesian kat Mamatuk ngan Mommy takde sape buleh tolong. Ofkos my aunt can come and help us. Tapi takkan la tiap hari, tiap malam 40 hari 40 malam dia nak tunggu aku. Dia pun ada family. Aku pun paham. Aku dah tak pikir pasal diri aku dah. When the time comes, yang tak boleh akan jadi boleh. Bila dah desperate kan, kita akan paksa diri buat something yang tak pernah kita berjaya buat. Hopefully I can survive my unpredictable confinement period. For now, aku cuma nak tengok Puan Menteri sembuh, tak sakit. Tak kisah la dia buleh pegang baby aku ke tak, I still have my two hands, I'll push myself to the fullest. Sebelum ni semua cucu-cucu Puan Menteri dia jaga dari awal lahir sampai habis pantang. Siang dan malam. Kali ni, mungkin my baby dah besar baru Puan Menteri buleh pegang. Sedih la jugak. Tapi apa sangat la aku yang sedih ni nak bandingkan dengan jiwa yang menanggung sengsara itu sendiri. Sakit lagi, tak selesa lagi, tak bebas lagi.... Lepas ni memang banyak aktiviti Puan Menteri yang akan terbatas. Tak apa la. Yang penting dia dah tak sakit. Dan semua jari-jari buleh berfungsi dengan baik.
Selalunya aku kalu balik Kb memang ngengada. Puan Menteri yang masak kat aku. Puan Menteri lipat kain kat aku. Macam-macam Puan Menteri buat kat aku. Kali ni my turn la serve dia. I don't mind actually. Sebab ni je la masa Puan Menteri takleh nak hesitate. Selalunya kan kalu anak nak tolong buat apa-apa, dia selalu tolak. Semua dia buleh buat sendiri. This time, takleh nak elak dah. Tu pun, sakit-sakit tetap tak gemar orang serve dia macam Queen. Suka sangat jadi commoner ni. Hehe... Time ni je la ai nak tunjuk ai sayang kat you Puan Menteri ;p Selalunya kan ai ni jiwa rebel. Time you sakit ni la ai nak balas segala budi baik you kat ai masa ai sakit dulu, masa ai tak sakit, bila-bila masa je la.
Teringat masa aku gastrik teruk tahun lepas, dengar je aku tak sihat terus dia ambik tiket pergi Penang and looked after me and Encik Frodo. Sebab tu sekarang aku rasa takleh tinggal dia sangat-sangat. Ofkos la kan sesapa pun macam tu kalau mak sakit. Kalu nak citer pasal pengorbanan mak aku, memang tak habis. Mak korang pun sama la kan. Dalam sakit-sakit ni buleh lagi Puan Menteri suruh aku ikut encik Jack balik Penang Selasa ni. Suka benar la nak caras aku show off kasih sayang aku kat dia! Tahu la, dia tak nak susahkan aku. But I don't feel burden at all. Kalu aku balik Penang Selasa ni, dok tak sedap ati jugak tinggal dia sorang-sorang. Lagipun aku pun dah bincang ngan encik Jack. Dah mintak izin nak look after Puan Menteri. Encik Jack pun ingat jugak jasa Puan Menteri kat kitorang. Jaga aku dalam pantang (yang banyak songeh ni), jaga aku time gastrik teruk, jaga encik Frodo time aku takleh nak konsentret kat anak, spelek bilik wad korporat lepas beranak, macam-macam. Belum citer hal wang ringgit bantuan dari Puan Menteri lagi.
Dan kepada encik Jack jugak, I highly thank you my love. For taking care of my mom, for taking care of the bills for Puan Menteri (tolong setelkan payment thru internet, banks, etc) For being here with us thru this hard time. For understanding our delicate situations. For treating my mom like yours. For driving my mom to wherever she needs to be. We owe you so much. Same goes masa my dad passed away. Thank you, thank you, thank you. Encik Jack memang banyak tolong kitorang satu family. Bukan hanya tolong on the funeral basis, tapi jugak hal-hal berkaitan harta pusaka ni. Aku laki bini ni kan sesama meyatim tahun lepas. Laling, I'm so proud of you (walaupun I tau you have nothing to be proud of me ;p)
Wah jauh melencong jiwang karatz la pulak... It's 10.19pm... Eh, mana anak aku tak sampai-sampai lagi ni.. Tak jadi hantar balik KB ke budak tu?
6 comments:
ala..syahdunye entry neh..
btw,2nd baby kita dah reti handle,after 2wks nanti,tgklah bikas bangun tkleh duk diam nye!
to ur mom..makcik cepat2 sembuh..risau beno anaknda yg satu tu!
nadia:thanx.ofkos la risau.mcm ur mom xpe la ada laling dia kat umah skali. my mom ni sorang2.takde orang nak tlg tgkkan. jiran2 mmg la helpful, tp x sama la mcm anak beranak sdiri yang look after kan...
doa2 la biar segala dipermudahkan nanti.
once mama dh segar pun..jaga lah mama..jgn susahkan mama lagi. dh sudah waktu mama menjaga anak. time anak2 pulak jaga mama. tak leh lepas tgn..evrytime balik kg ringan2kan lah beban mama..bg mama rehat. dh berpuluh tahun dh bersusah payah untuk kita. be strong n take care of evrythg ourselves.
Allah maha esa..dia buat mcm ni mayb kesian kat mama..so now mama can rest..no need jaga anak cucu teruk2 lg.
-kakak-
bagus la..syukur & lega dgr tue
huhu..karatzz jgk...tp bestt!
u're rite, bila terpaksa, sme bende x boleh pon jd boleh..huhu..
i'allah, sme mesti ok punya..kita usaha n tawakkal..
aku doakan mok mung cepat sembuh..x yoh nk risau2 neh..lonih rehat cukup, x yoh buat kijo kuat2..aku rase decision mung nk stay wit ur mom tuh sgt lah tepat..
lgpon dio duk sore dumoh :) ado teman x dok laa syahdu sgt time2 sakit tuh..kalu sakit, pah sunyi pulok, koho parah :)
p/s: best keh tuh jd housewife, anytime nk blk duk kapung..huhu
senor:hor la..dei despret gak, hok tokleh semo akan jadi buleh insyaAllah...
best jd surirumah tu dr segi kelapangan masa je. nok tlg dari segi kewangan tak mampu weh. tlg sedekah tenaga jah buleh.
mok aku tu xbehi nyusoh ko oghe. kompiden jah nok dok sorg buleh buat blako sdiri..
Post a Comment