Menziarahi orang sakit tu memang sangat dituntut dalam Islam. Semenjak bawak balik Puan Menteri ke KB ni, memang ramai la jugak yang dah datang melawat beliau. Satu batch-ahli mesyuarat tingkap, satu batch-geng Pencen, satu batch-geng mengaji. Satu batch- geng Usrah. Satu batch- geng jemaah masjid. Satu batch-staf-staf HUSM... Alhamdulillah. Sakit-sakit pun ramai jugak yang datang menziarah tanda ingatan. Yang datang ziarah sesambil edar kad jemputan pun ada. Karnival kawin dah menjelma..
I am grateful ramai yang datang tengok Puan Menteri. Sekurang-kurangnya terhibur hati yang tengah berdukalara tu. Ada jugak orang dia buleh luah-luah segala kesakitan yang ditanggung. Bukannya takleh luah kat aku. Tapi kat aku dah banyak kali cakap. Bila ada orang lain datang ni, terasa sedap sket ati nak curah kat orang lain pulak.
Datang tu dah bagus. Tapi kalu datang sesambil nak promo barang jualan, hangin jugak aku. Yes, I know you're from someone else's house doing your direct selling job. Datang umah aku sebab nak tengok orang sakit on the way nak balik tu. Tak terlintas ke adab-adab menziarahi orang sakit? Elok ke datang tengok orang yang tengah sakit sambil promo barang. Aku rasa, lagi buat pahala kalu sedekah free sample time orang tengah sakit-sakit ni. Kot ye pun simpan la dulu barang-barang jualan tu demi menghormati keadaan tuan rumah. Hisy, menggeleng kepala aku dengan sikap orang yang takde kesedaran sivik ni. Berbulu jugak mata aku tengok dia dok promo produk susu kambing la, kopi pra campuran la, krim pati halia la. Berniaga tu tak salah. Tapi tengok la tempat dan keadaannya. Hayoh. Benda simple pun takleh nak pikir ke.
Certain people bila menziarahi orang sakit, makin ditakut-takutkan dengan macam-macam kisah tak best. Bukankah orang yang menziarahi orang sakit ni dituntut supaya menuturkan kata-kata positif untuk memberi semangat agar orang sakit tu rasa yakin akan segera sembuh. Ni, datang bersembang buat keluar semua cerita-ceriti orang tu sakit camni, last-last jadi camni. Oh kalu patah camni, lambat ni baik. Patah macam ni memang takleh baiki dah ni.. Hayoh, perlu ke cakap benda-benda macam ni kat orang sakit? Kalu orang sakit tu sendiri tak terkesan pun dengan kata-kata macam tu, tak pikir ke ahli keluarga pesakit yang ada kat umah ni cane perasaannya bila dengar?
Kadang-kadang manusia ni bangga bila dah pergi ziarah ni. Sebab rasa dah menyempurnakan kewajiban terhadap diri sendiri. Tapi diorang tak sedar, pergi tu bukan dapat pahala. Niat yang murni nak menziarah tu tak dapat apa-apa pahala pun, instead dosa pulak yang dapat. Buat mengabih gula ngan teh pihak tuan umah je.
Itu sedikit sebanyak pasal yang tak best la. Yang part bagusnya banyak juga. Ramai yang datang bagi kata-kata peransang to boost her spirit, yang datang inform pasal tukang-tukang urut patah pun ada. Kelmarin thanks to Ustazah, she brought Puan Menteri to her hometown mengurut dengan bomoh patah tersohor kat sana. Memang kelas dunia punya bomoh. Tukang urut ekceli. Puan Menteri cakap tak sakit masa dia urut tu. Alhamdulillah la. Mengurut first time hari Khamis tu memang menggeliat-geliat la Puan Menteri kena urut. Tapi yang kelmarin tak sakit dah. Hari ni Puan Menteri dah boleh angkat tangan ke atas macam jumping Jack tuh. Alhamdulillah. She's so happy that she can now raised her arms. Balik urut semalam dia cakap tangan dah boleh telangkup. Sebelum ni mana buleh buat apa-apa. Alhamdulillah, alhamdulillah. Positif effect. Hasil usaha tanpa henti Puan Menteri buat physio sendiri kat umah sesambil tengok tv tuh. Nonstop hokei. Memang nampak she did it dilligently. Penuh semangat sebab nak cepat sembuh. Tiap pagi dia bagitau aku perkembangan tangan dia. Penuh ceria di wajah dia tau sambil cakap tu. Tengok, tangan mama dah buleh gerak ke bawah! Esoknya... Hah, harini dah buleh telangkup dah tangan mama, kelmarin nak letak camni pun tak boleh. Harini.. Buleh angkat dah tangan mama (sambil tunjuk macam jumping jack tu) Puan Menteri, I'm so proud of you. Walaupun ai rasa tak bermaruah sebab sebagai anak patutnya ai yang tolong you urut tangan you tu, tapi you pun tahu kan ai ni seriau tengok tangan you.. However, ai tetap doakan you siang malam supaya you cepat sembuh. Bukan sebab nak suruh jaga baby ai nanti beranak. Tapi sebab memang ai nak tengok you sihat macam dulu..
Tiap hari aku doa supaya dikurniakan tubuh badan yang sihat. Sebab I need to be fit to look after my mom. Dulu Puan Menteri jaga aku. Skang aku pulak jaga dia. I don't mind. Nak tolong dari segi kewangan, aku mana keje, mana ada duit sendiri. Just buleh bantu dari segi bantuan tenaga aje la. Sebab aku tak terikat dengan permohonan cuti keje. Majikan aku ni no hal. Buleh kautim. Itu pun Puan Menteri asyik nak lari-lari aje.
Agaknya Superman pun malu-malu nak depending kat orang lain tak?
4 comments:
byk dh perkembangan positif tuh..x lamo lg molek la tuh dh :)
aku pulok keno wat entry nih, 'adat menjaga ore sakit'..huhuh..aku angin bena kalu aku sakit, ore sekeliling pulok duk kalut nk enjoy..dgn kata kasar, hok sakit bia mapuh bangat2 gituh, hok sihat life goes on..
patutnya share the joy, share the pain la keh..ni gk, kalut ko nk g derat la time ore sakit nih...hok sakit duk dumoh..saiko okehhh!
alhamdulillah...mama rajin wat phisio...tu yg cepat nok baik tuh.
tu ar...kadang2 bengang gak ngan org2 jual2 ni...kebanyakan hok mari jual terjah gitu jah org MLM!
senor:ohoho...ibu dlm pantang sentap lagi kah??? nati kito chat pulok neh..gossip pjg lebar..kehkeh..
'adat menjaga ore sakit' ni xberlaku sangat dlm family aku. memei semo ore behave la kalu ado ore sakit dlm umoh.
biaso la tu.manusia ni mcm2.sbr neh. lps pantang mu bls la dendam ;p
kaklong:tu lah..napok dio bersungguh-sungguh nok pulih cepat. tp adakala tuh napok down jugok dio. biaso la kei.. kito pun kalu dok tmpt dio mesti lagi down dok mikir gapo possibilities hok akan jadi.
Post a Comment