Dark Fellows

Tuesday, May 24, 2011

#706 Me Vs Breakfast With 2 Moms

Pagi ni aku bangun awal. Orang azan Subuh tu terus bangun. Aku ada misi besar pagi ni. Which is masak kasi MIL makan. Haha.. Merasalah MIL makan air tangan aku pagi ni. Diorang kan kena attend court pagi ni. Kebetulan kelmarin lawyer cakap diorang dapat giliran pertama. Kul 9 kena ada dah kat courtroom. Pagi ni Puan Menteri pulak ada sesi fisio start 8.10am. Encik Jack kena keluar pagi lagi la. Takkan tak prepare apa-apa kat MIL aku tu kan. Dah la dok umah MIL tak pegang senduk kuali pun. MIL datang umah aku takkan nak buat camtu jugak. Bedebah la aku.

Pagi ni aku goreng bihun. Tatau la MIL suka ke tak. MIL aku ni kalu taruk banyak sangat benda dalam rencah tu dia kata 'beradong'.. Haha.. Terasa diri legend pulak hari ni sebab dapat prepare makanan kat dua ibu yang aku sayang dalam dunia ni. Goyang jugak masa tengah masak tu MIL datang dok usya aku buat keje. Haha... Nampak sangat kan tak pernah entertain orang tua dengan air tangan aku. Selalu dok tadah perut je yang diorang masak. Kali ni turn aku pulak jamu diorang.

Pagi ni aku hidang bihun goreng, keropok keping goreng, murtabak raja, ayam KFC perangat yang semalam ngan teh o panas. Kira lulus la ye nak jadi menantu mithali ni. Hekhek.. Ikutkan nak hidang macam-macam. Tapi memandangkan MIL skang pun tengah pantang diabetis ngan kolesterol, aku keluarkan mana yang bersesuaian aje la. Bagus jugak MIL aku ni semenjak FIL takde ni dia agak berdisiplin bab pemakanan ni. Dulu nak masak makanan style misi-misi makan takleh sebab FIL aku suka makanan yang berkolesterol tinggi. Skang ni bebaslah dia nak berpantang makan macam mana pun. Malam memang dia jarang makan nasi. Macam Puan Menteri la.

Lepas semua siap, diorang keluar. Encik Jack hantar Puan Menteri dulu. Then terus ke Panji kutip Mahadi ke court. Encik Frodo meronta-ronta nak ikut pergi. Mana buleh. Kena la aku bawak dia pegi umah Mokji tak nak kasi dia nangis lama. Sampai je umah Mokji, terus lupa dunia sebab banyak toys. Main, main, main... Dekat 2 jam baru nak balik.

Tengahari diorang balik. Kes encik Jack tak settle jugak harini sebab miscommunication dari pihak lawyer & ada details yang tak tele. Patutnya kena isi borang penjamin/saksi. Kitorang pulak pegi bawak bodo camtu je. Mana la kita tahu. Lawyer la patut inform anak guam dia apa kena buat, borang apa kena isi etc. Hayo.. Ingatkan hari ni dah buleh setel semua dah. Kes postpon ke tarikh 12 Julai pulak. Huh, ni yang takde masalah anak beranak semua sepakat. Macam aku ni yang 8 beranak 8 macam pe'el ni cemana la... Takleh imagine kena halau dek tuan hakim kalu Puan golddigger buat hal nak kecoh-kecoh tak puas hati berkelahi dalam court. Jiran aku ni cakap, (dia penah masuk courtroom untuk hal pusaka ni la) memang tuan hakim main halau je kalu masing-masing tak setuju. Pe-pe hal pun kena sepakat sebelum masuk court lagi. Tuan Hakim pun kan banyak lagi nak handle kes pusaka. Takde masa dia nak dengar setiap kes kalu ada perkelahian kan.

Tatau la cemana time hearing kitorang nanti. Aku paling tak larat nak dengar drama-drama gila harta dalam court nanti. Tatau la perempuan itu dibenarkan masuk jugak atau tak. Kalu ikutkan hati kitorang, memang tak nak kasi dia masuk. Anak sulung dia pun dah cukup umur. Wakilkan adik-adik pun dah layak. Tak payah guna ibu dia sebagai wakil. Kalu perempuan itu dibenarkan masuk, memang lagi komplikated la jadinya. Benda buleh setel setengah jam akan berlarutan sampai bertahun-tahun. Oh no. Sangat tak larat nak kena balik berkali-kali nak selesaikan kes ni. Habis tenaga, habis masa, habis duit camtu je. Jiwa melecet belum kira.

Nak dapat duit free ni sikit punya susah hoi.

No comments: