Dark Fellows

Sunday, May 22, 2011

#703 Me Vs Yang Manis, Yang Kelat...

Pagi ni epoimen cek perut & trial of scar kat HUSM. Puan Menteri pulak first physio session pagi ni. Macam kecuakan aku tengok Puan Menteri semalam. Sebab tak tahu apa yang bakal therapist buat kat dia. Takut sakit macam doktor buat aritu la.. Kesian dia. Macam aku cuak nak pegi MGTT test tu la. Tapi ini sakit gila punya sakit..
Dia hensem hari ni. Baju baru, jeans baru.
Lepas serah folder card aku, tunggu sat nak timbang ngan test urin. Ingat sementara tunggu doktor turun ni,   sempat la aku pegi breakfast ngan encik Jack and encik Frodo kat cafe Harmoni. Elok je lepas timbang tu, dah melangkah pun ke arah encik Jack, tetiba je dengar nurse panggil nama aku. Aiseh, kena attend ceramah laktasi la pulak. Dulu masa cek perut peknen kat encik Frodo tu memang aku dah attend ceramah ni. Wajib tau kat sini.  Mungkin sebab aku tak berjaya bf encik Frodo, kena repeat kelas ceramah laktasi lagi kali ni.. Hoho... Anything, asalkan pree! ;p Nurse tu nampak encik Frodo ngan encik Jack, dia suruh diorang masuk dengar ceramah sekali. Good for husbands to hear weh. Tapi memikirkan encik Frodo tu mana buleh lelama kat satu tempat, aku shoo kan diorang jauh-jauh. Kalu encik Frodo restless, kitorang jugak takleh nak concentrate. Lagipun, encik Jack sorang je husband yang ada. Orang lain tak bawak laki pun. Malu la encik Jack dia sorang-sorang je lelaki dalam bilik laktasi tu.

The talk was given by the nurse. Bagus jugak diorang adakan kelas penyusuan ni. Banyak infos yang diorang bagi. The nurse was so polite, friendly and so much informative. Kelas dibuat dalam keadaan santai, no pressure. Yang hadir pun semua yang kena cek perut pagi ni. Ada yang anak sulung, majoriti yang dah beranak ramai. Most of them attend sebab tak berjaya bf anak masing-masing sebelum ni. Haha... Nurse cakap nanti diorang akan bukak kelas untuk ajar teknik-teknik meneran, pernafasan semua tu. Free. Every now and then memang diorang selalu buat kelas tu. Tatau apa nama eksklusif kelas pranatal ke antenatal ke apa tu. Macam menarik je... Best gak kalu aku join ni. Nurse cakap kalu belajar teknik-teknik tu insyaallah ada chan beranak tak payah kena gunting & jahit. Weeeeee.... Aku soka!!! (lagi soka sebab pree!) Nurse ada tanya aku nak join kelas sesi yang mana. Asieh, aku takleh nak kasi jawapan la.. Sebab aku pun tatau bila atau selama mana aku kat kb ni. Takleh nak bagi komitmen. Tapi hati sangat teringin nak join... Berguna tu.

Ceramah ni berlangsung sampai dekat 2 jam. Hoh... Tak sedar masa berlalu. Best sangat dengar macam-macam kisah benar yang nurse tu bagitau. Sedar-sedar perut sudah lapar. Tadi kan tak sempat makan apa. Minum air zamzam je sebab nak kena collect sample urin kan.. (eh btw, berat aku naik another 1kg from last week timbang kat Penang tu. Ralat penimbang kah? Atau kerana faktor balas dendam ku sudah berbayar?) Sebelum kitorang nak bersurai tu wakil dari Bank Tisu HUSM masuk briefing pasal Amnion Donor. Ever heard about it? Aku ni first time dengar. Dulu Stem Cell ada la dengar.

Wakil tu tanya kitorang, ada tak sesapa yang berminat nak derma amnion. Diorang tengah collect nama penderma uri bayi. Diorang ambik sikit je, yang membran luar tu je, bukan semua. Yang lain berdaging tu nanti diorang serah kat kita macam biasa. Diorang ambik pun lepas kita bersalin, after semua benda kat dalam dah keluar. So, takde la korek ke apa nak ambik tu. Cuma diorang perlukan sample darah kita la untuk ujian. Mana la tahu ada penyakit berjangkit ke apa. Kang memudaratkan penerima pulak. Membran yang diorang ambik ni, diorang akan proses untuk merawat kulit mangsa terbakar, eksiden ke, etc. Memang kadar penyembuhan sangat rapid la kalu guna uri ni. Dari satu segi, macam derma darah tu la. Kita membantu orang lain yang memerlukan. Kalu bersalin normal, uri tu diorang guna untuk rawat orang melecur kulit gitu. Kalu bersalin c-sec, membran tu diorang akan guna untuk pembedahan mata. Memang sangat-sangat berguna la pendek kata. Aku mula-mula tu fikir why not aku dermakan uri baby aku. Tak ye pun, benda tu nak tanam jugak kan. Pastu bila dengar wakil Bank Tisu tu cakap kena ambik darah, aku macam Ok tak jadi lah. Hoho.... Kalu nak ambik uri tu, ambik je la.. Aku tak kisah. Kihkih... Punya la tak minat nak kena ambik darah kan.

Lepas bersurai, aku sms encik Jack suruh belikan aku sandwich. Lewat dah kalu nak pegi breakfast nasik berlauk time ni. Doktor dah start panggil patients. Malas takut terlepas turn. Hari ni doktor Ramli yang sepatutnya deal ngan aku takde. Pegi mesyuarat kat KL. Aduyai, frast. Takpe la... Jumpa je la doktor lain pun. Hari ni doktor indon lelaki yang cek perut. Alahai, sangat la bersopan, jari pun lembut lagi dari jari aku. Harini estimated berat baby 999gram. Yay!!! Alhamdulillah... Dulu bersalin @35 weeks pun 1.25kg aje. Now baru 28 weeks.. Yay tu yay jugak. What if the weight cannot stop pasni. Hoho... Kang 3kg lebih pekdah la pulak kat aku yang saiz kiut ni. Scan punya scan, hari ni doktor saspek baby aku baby XX pulak.. Tapi dia cakap tak pasti jugak sebab tali pusat baby berkumpul kat celah kangkang baby. Hmmm... Tak kisah la... Pasrah aje yang mana-mana jantina pun. Asal semua sempurna dan okey.

Puan Menteri abih physio terus pegi tangok aku cek perut. Kelihatan dari air muka beliau sangat berseri-seri. I guess tak sakit la sesi fisio hari ni. Tengok dia cuak semalam kesian pulak. Trauma sey bila sakit terlampau ni. Datang kat aku tanpa kain anduh terkalung kat leher. Therapist suruh buang anduh tu. Suruh dia turunkan lengan tu macam biasa. Nak biar darah bergerak lancar ke apa ntah. She's so happy to tell people that her fingers can now move. Gembira la tengok semangat dalam diri dia tak putus asa asyik eksesais aje jari-jari tuh. Tiap-tiap hari tau. Dia takut, sebelum pergi physio tuh baik dia usahakan sendiri dulu sebelum kena belasah dengan orang. Orang bukannya peduli kita sakit ke apa. Kalu ikut macam tu memang sampai bila pun tak okey. Bila sakit, stop. Tak boleh. Kena buat jugak. Sebab tu adanya sesi physio ni.

Lepas jumpa doktor, aku kena ambik darah. Lagi? Yes. Kali ni for Hepatitis pulak. Aku tanya nurse pehal kat Penang aritu diorang tak test terus. Nak kena ambik-ambik banyak kali ni ingat best ke. Nurse tu cakap sebab Reagen untuk Hepatitis ni mahal. Hospital kerajaan pun kebanyakannya tak buat, unless ada kemusylikan. Tapi kat HUSM ni, (hospital universiti ni peruntukan lagi besar kot) memang rutin bagi setiap ibu mengandung. Ambik pun ambik la labu... Tempat otai-otai ni memang sekali sedut je terus dapat collect darah. Kagum aku. Kalu kat Penang, hoi sakit aje yang dapat. Darah entah ke mana.

Ambik ubat, terus balik umah. Lepas encik Frodo tido, aku ngan encik Jack keluar pegi KB Mall. Tempah kek kawin Orang Kaya Apal kat Secret Recipe ngan beli barang keperluan encik Frodo sementara encik Jack masih ada ni. Huhu.. Semua barang sudah naik harga. Menakutkan. Ayam kat KB dah RM8.50 sekilo. Kalu sini RM8.50, kat Penang sploh hinggit kah? Kutip makan siput babi je la pasni.
Pegi KB Mall kali ni sempat la jalan berpegangan tangan ngan encik Jack. Kalu tak pegang memang kena tinggal aku skang ni. Haha... Berjalan macam menyeret perut gayanya! Segalanya dirasakan berat. Dan mengah.
Oh orang-orang Pasir Akar pasni berparti kek Chocolate Fudge Secret recipe la nanti. 

Dengki.

Ingat nak membebel pasal hukum memakan harta anak yatim. Tapi rasa malas la pulak. Lenkali la. Takde mood.

No comments: